Tiada produk ayam diimport dari premis terjejas selesema burung di Brazil: SFA, AVS
Seorang pekerja memakai sut perlindungan di ladang ayam itik komersil di Montenegro, wilayah Rio Grande do Sul, Brazil pada 17 Mei 2025. (Gambar fail: AFP/Silvio Avila)
- Singapura tidak mengimport ayam atau produk ayam dari premis yang terjejas oleh wabak selesema burung di Brazil.
- Brazil, salah satu pengeksport terbesar ayam di dunia, mengesahkan wabak tersebut pada Jumaat (16 Mei), mencetuskan larangan di beberapa negara.
- Pengimport utama seperti China, Kesatuan Eropah dan Korea Selatan sudah menggantung import dari Brazil selama 60 hari, menurut Menteri Agrikultur Brazil Carlos Favaro pada Jumaat.
- Virus itu membunuh kira-kira 15,000 burung dan ladang tersebut menakai lagi 2,000 ekor.
Demikian menurut Agensi Makanan Singapura (SFA) dan Perkhidmatan Haiwan dan Veterinar (AVS) dalam satu kenyataan bersama pada Isnin (19 Mei).
Ini setelah Brazil, pengeksport terbesar ayam di dunia, mengesahkan penularan pertama selesema burung di sebuah ladang ternakan ayam, sekali gus mencetuskan penggantungan import daging ayam dari kawan tersebut oleh Jepun dan larangan perdagangan seluruh negara ke atas import daripada pembeli utama iaitu China.
Singapura juga mempunyai "aturan pengkhususan daerah" dengan Brazil, menurut SFA dan AVS.
"Di bawah aturan sedemikian, sebagai tindak balas terhadap kebimbangan keselamatan makanan, import dari premis terjejas dan yang berada dalam zon penampan mungkin digantung sementara import dari kawasan tidak terjajs di luar zon penampan boleh diteruskan."
SFA dan AVS menambah bahawa bekalan ayam keseluruhan Singapura dalam keadaan "stabil sekarang". Namun ia menambah, negara ini boleh menjangkakan bekalan yang naik turun dari masa ke semasa disebabkan penularan penyakit dan gangguan bekalan.
Brazil merupakan salah satu sumber utama ayam, namun bekalan Singapura juga "cukup pelbagai" dengan 30 sumber yang sudah ditauliah, termasuk negara-negara seperti Indonesia, Thailand, Denmark dan Malaysia, menurut AVS dan SFA.
Singapura mengimport 48 peratus ayam dari negara Amerika Selatan, menurut angka dari 2021.
SFA juga bekerjasama dengan industri untuk mentauliah sumber-sumber ayam baharu yang memenuhi syarat-syarat keselamatan makanan Singapura.
"Mempelbagaikan sumber kekal sebagai strategi utama jaminan makanan bagi Singapura. Ini mengurangkan kesan gangguan daripada mana-mana satu sumber sebagai pengimport kita yang boleh segera menjadi sumber-sumber alternatif untuk menstabilkan bekalan makanan kita," menurut SFA dan AVS.
"Jika berlaku gangguan bekalan dari mana-mana sumber, kami akan bekerjasama dengan industri untuk meningkatkan bekalan ayam sejuk dan beku dari sumber-sumber lain jika perlu."
SFA dan AVS juga menggalak para pembeli supaya bersikap fleksibel dengan pilihan makanan mereka apabila berlaku gangguan bekalan.
Sebagai respons kepada pertanyaan Mediacorp, FairPrice menyatakan pada Isnin bahawa buat masa ini pihaknya tidak terjejas oleh penularan selesema burung di Brazil, dan menggalak pelanggan supaya tidak menyimpan banyak bekalan daging ayam kerana ia mempunyai bekalan mencukupi di gedungnya.
"Gangguan rantaian bekalan sejagat semakin kerap berlaku sejak beberapa tahun kebelakangan ini, maka disebabkan itu kami sentiasa meneroka kerjasama dan huraian baharu untuk terus mempelbagaikan dan mengukuhkan rantaian bekalan kita, dan kekal bersedia untuk berdepan kemungkinan berlaku gangguan," kata seorang jurucakap FairPrice Group.
Seorang jurucakap Sheng Siong pula berkata Brazil merupakan salah satu sumber utamanya bagi daging ayam beku. Sheng Siong menambah pihaknya akan bekerjasama dengan pembekal untuk memantau keadaan dan mengikut panduan SFA.
LARANGAN 60 HARI KE ATAS AYAM BRAZIL
Brazil, salah satu pengeksport terbesar ayam di dunia, mengesahkan wabak tersebut pada Jumaat (16 Mei), mencetuskan larangan di beberapa negara.
Pengimport utama seperti China, Kesatuan Eropah dan Korea Selatan sudah menggantung import dari Brazil selama 60 hari, menurut Menteri Agrikultur Brazil Carlos Favaro pada Jumaat.
Jepun menggantung import daging ayam dari Montenegro dan ayam hidup dari wilayah Rio Grande do Sul.
Pihak berkuasa Brazil di peringkat wilayah dan persekutuan bertungkus lumus berusaha untuk mencegah penyakit itu daripada menular.
Kementerian agrikultur Brazil dan jabatan agrikultur Rio Grande do Sul membentuk sebuah pasukan bertindak di Montenegro untuk mencegah virus itu daripada merebak, dengan para pegawai mengadakan lawatan di 524 premis dalam lingkungan 10 kilometer radius ladang di mana kes pertama dikesan.
Pada Sabtu (17 Mei), pemerintah wilayah Minas Gerais menyatakan ia sudah menghapuskan 450 tan metrik telur dari Rio Grande do Sul.
Telur dari ladang terjejas dikesan di lokasi-lokasi di Minas Gerais, Parana dan Rio Grande do Sul dan akan dihapuskan, menurut kementerian agrikultur negara itu.
Virus itu membunuh kira-kira 15,000 burung dan ladang tersebut menakai lagi 2,000 ekor.
Pada Sabtu, pasukan-pasukan dari Vibra Foods menanam sisa yang pertama dibakar untuk mencegah penularan virus.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.