Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Tiada perubahan peraturan COVID-19 bagi pelawat dari China: MOH

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Tiada perubahan dibuat kepada peraturan COVID-19 yang dikuatkuasakan Singapura ke atas para pelawat serta pemegang pas kerja yag tiba dari China.

Demikian menurut Kementerian Kesihatan (MOH) pada Rabu (28 Dis).

Menurut kementerian itu, langkah sempadan yang sedia ada dan syarat vaksinasi yang dikuatkuasakan ke atas para pelawat serta pemegang pas kerja yang tiba dari China, kekal tidak berubah setakat ini.
MOH maklum bahawa China kini mengenakan sekatan bagi perjalanan ke luar negara, yang mana seseorang memerlukan sebab perjalanan yang sah, seperti pendidikan dan perniagaan, untuk meninggalkan negara itu.

Ia menambah bahawa Singapura memerlukan para pelawat yang belum lengkap divaksin untuk menjalani ujian sebelum keberangkatan, berdasarkan takrifan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Para pelawat jangka pendek juga perlu membeli insurans bagi perbelanjaan perubatan berkaitan COVID-19.

MOH menyatakan bahawa langkah sempadan Singapura disemak semula secara berkala dan dikemas kini berdasarkan "situasi COVID-19 terkini sejagat".

"Kami sedang memantau situasi COVID-19 di peringkat antarabangsa dengan rapi, dan akan menyesuaikan langkah kesihatan sempadan sewajarnya jika terdapat keperluan," menurut kementerian itu.

Jepun, India dan Malaysia sudahpun mengumumkan syarat-syarat lebih ketat ke atas para pelawat dari China, disebabkan kenaikan dalam ,kes jangkitan di negara tersebut menyusuli pelonggaran sekatan COVID-19 di China.
 
Sementara itu, Amerika Syarikat mungkin juga menguatkuasakan langkah COVID-19 yang baru ke atas para pelawat dari China ekoran keprihatinan berhubung "kekurangan data jelas" daripada China.
Pada Isnin lalu (26 Dis), China mengumumkan bahawa ia akan memansuhkan langkah kuarantin bagi para pelawat ke negara itu, mulai 8 Januari.
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan