Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Tiada perubahan pada dasar kewangan SG; pendekatan MAS 'sesuai' untuk stabilkan harga

Anggaran Waktu Membaca:
Tiada perubahan pada dasar kewangan SG;  pendekatan MAS 'sesuai' untuk stabilkan harga

Penguasa Kewangan Singapura. (Gambar: Jason Quah/TODAY)

SINGAPURA: Penguasa Kewangan Singapura (MAS) mengekalkan dasar kewangan negara pada Jumaat (14 Apr).

Dengan tidak mengubah dasar kewangannya, MAS menghentikan buat seketika langkah-langkah yang dikuatkuasakannya sejak Oktober 2021 untuk menangani inflasi.

Dalam kenyataan dasar kewangan setengah tahunnya, MAS turut menyifatkan pendirian dasar semasanya sebagai "sesuai untuk menjamin kestabilan harga dalam jangka sederhana".

MAS juga menarik perhatian kepada risiko "lebih ketara daripada yang dijangkakan" terhadap kemelesetan ekonomi Singapura di tengah-tengah risiko lebih tinggi pada pertumbuhan global.

Lantaran itu, MAS akan "mengekalkan kadar kenaikan semasa" terhadap Kadar Pertukaran Efektif Normal Dasar Singapura (S$NEER).

Jalur keluasan dan titik pertengahan julat itu juga tidak diubah.

Bank pusat itu sudah mengetatkan dasar kewangan negara sebanyak lima kali sebelum ini. Kali terakhir ia berbuat demikian adalah pada Oktober 2022 apabila ia mengubah titik pertengahan dasarnya.

Tidak seperti kebanyakan bank pusat lain yang menyasarkan kadar faedah, MAS menguruskan dasar kewangan dengan membiarkan mata wang tempatan naik atau turun berbanding mata wang rakan-rakan niaga utama berdasarkan julat yang tidak didedahkan, dikenali sebaga S$NEER.

Ia kemudian menyesuaikan dasarnya menerusi tiga kaedah: Kecerunan, paras pertengahan dan keluasan jalur.

MAS menyatakan lima langkah berturut-turut untuk mengetatkan dasar kewangan negara sejak Oktober 2021 "mengimbangkan momentum kenaikan harga", dengan kesan daripada lengkah-langkah tersebut "masih berfungsi dan dijangka akan terus menghambat kenaikan inflasi".

Inflasi utama bagi 2023 dijangka mencecah antara 5.5 peratus dengan 6.5 peratus.

Manakala inflasi teras, yang tidak termasuk penginapan dan pengangkutan privet, adalah antara 3.5 peratus dengan 4.5 peratus pada 2023.

PERTUMBUHAN LEBIH PERLAHAN

Keputusan tersebut dibuat seiring dengan unjuran rasmi yang menunjukkan ekonomi Singapura tumbuh lebih perlahan pada suku pertama 2023.
 
MAS menarik perhatian bahawa pertumbuhan ekonomi Singapura diramal "mencecah paras bawah trend" pada tahun ini, dengan kemelesetan ekonomi diunjurkan "lebih ketara daripada yang dijangkakan" disebabkan oleh risiko-risiko yang lebih hebat terhadap ekonomi global.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan