Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Tiada pertunjukan bunga api di Marina Bay pada malam Tahun Baru

Tiada sebarang pertunjukan bunga api di Marina Bay pada malam Tahun Baru. Ia bagi mencegah orang ramai daripada berkumpul di kawasan itu, menurut Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) pada Khamis (5 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
Tiada pertunjukan bunga api di Marina Bay pada malam Tahun Baru

(Gambar: Nadarajan Rajaendran/TODAY)

Diterbitkan : 05 Nov 2020 04:51PM Dikemas Kini : 05 Nov 2020 04:59PM

SINGAPURA: Tiada sebarang pertunjukan bunga api di Marina Bay pada malam Tahun Baru. Ia bagi mencegah orang ramai daripada berkumpul di kawasan itu, menurut Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) pada Khamis (5 Nov).

Sebaliknya, bunga api akan dilancarkan di beberapa lokasi kejiranan di merata Singapura dan lebih banyak butiran akan diumumkan pada masa yang sesuai kelak, menurut URA, yang menganjurkan kiraan detik bagi menyambut Tahun Baru.

"Dengan keselamatan masih diutamakan di tengah-tengah pandemik COVID-19, tiada sebarang pertunjukan bunga api di Marina Bay pada 31 Dis 2020 bagi mengurangkan orang ramai daripada berkumpul di kawasan tersebut," menurut URA dalam kenyataannya.

Pertunjukan bunga api di kawasan-kawasan kejiranan akan disiarkan sebagai sebahagian daripada rancangan sempena malam Tahun Baru Saluran 5 Mediacorp, dan melalui penstriman "supaya semua orang boleh menikmati pengalaman menyambut Tahun Baru dalam keselesaan kediaman mereka".

PERTUNJUKAN CAHAYA DI MARINA BAY

Meskipun tiada pertunjukan bunga api di Marina Bay, orang ramai boleh menjangkakan dua acara lain yang akan diadakan di sana pada Disember.

Pertama, pertunjukan cahaya yang menampilkan 60 pancaran cahaya yang akan menerangi latar langit Marina Bay setiap malam dari 1 sehingga 31 Dis.

Kedua, pertunjukan pemetaan cahaya yang akan dipancarkan pada permukaan tiga bangunan yang menjadi mercu tanda utama Marina Bay — The Fullerton Hotel Singapore, ArtScience Museum dan the Merlion — dari 25 hingga 31 Dis.

Sambutan Tahun Baru kali ini "lebih bermakna ... kerana
ia menandakan masa untuk bermuhasabah akhir tahun yang mencabar, dan dan peluang untuk menyambut ketibaan 2021 dengan harapan baru," kata ketua pegawai eksekutif URA Lim Eng Hwee. 

Sumber : Today/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan