Tiada peningkatan ketara kes salah laku dalam pesawat kendalian SG, kata Iswaran
Anggaran Waktu Membaca:
Petikan video menunjukkan kes-kes salah laku oleh penumpang di dalam pesawat. (Gambar-gambar: @veratheape/Twitter, simplyhappy777/TikTok, audikhalid/TikTok)
SINGAPURA: Di tengah-tengah kes salah laku oleh penumpang pesawat kebelakangan ini, Menteri Pengangkutan S Iswaran berkata pada Isnin (28 Nov) bahawa tiada peningkatan ketara dalam jumlah kes melibatkan kelakuan tidak terkawal di pesawat Singapura.
Encik Iswaran berkata demikian ketika menjawab satu soalan yang dikemukakan oleh Anggota Parlimen Shawn Huang (PAP-Jurong) tentang apakah langkah-langkah yang diambil untuk melindungi kakitangan kabin serta penumpang serta apa pula tindakan penguatkuasaan yang boleh diambil ketika pesawat masih belum mendarat.
Dalam satu kes yang berlaku pada September, seorang lelaki Amerika dalam penerbangan ke Singapura telah menampar seorang anak kapal dan membuat dakwaan palsu bahawa ada bomb di dalam pesawat Singapore Airlines (SIA) yang dinaikinya.
Lelaki itu dipenjara kerana melakukan serangan tersebut dan diberikan amaran tegas berhubung penipuan bom selepas seorang pakar psikiatrik dari Institut Mental Kesihatan (IMH) mendapati dia menghidap skizofrenia yang tidak didiagnosis sebelum ini, yang menyumbang kepada kesalahan tersebut.
Pada 8 November pula, seorang penumpang SIA - yang dalam penerbangan dari Bangkok ke SIngapura - memukul seorang anggota anak kapal ketika dalam penerbangan lanjut ke Copenhagen. Dia dibawa keluar dari pesawat tersebut oleh polis tambahan dan kemudian disenaraihitam oleh syarikat penerbangan itu.
Dalam satu lagi kes yang berlaku dua minggu lalu, sebuah pesawat Scoot dari Bali mendarat lebih lewat daripada jadualnya kerana sekumpulan penumpang enggan memakai tali pinggang keledar mereka ketika pesawat itu ingin melakukan pendaratan.
Menurut Encik Iswaran, terdapat sekitar 1.4 insiden daripada setiap 1,000 penerbangan sepanjang lima tahun lalu.
"Pihak berkuasa menyiasat individu-individu yang bertanggungjawab dan mengambil tindakan sewajarnya, termasuk tindakan undang-undang, bergantung kepada fakta kes," tambah beliau dalam jawapan bertulis.
Encik Iswaran menarik perhatian bahawa mengikut undang-undang, penumpang dikehendaki duduk dan memakai tali pinggang keledar ketika pesawat ingin berlepas dan mendarat.
Penumpang juga dilarang daripada menaiki pesawat apabila dalam keadaan mabuk dan menjadi mabuk ketika dalam penerbangan, di mana mereka boleh menggugat keselamatan dan ketenteraman di dalam pesawat.
"Juruterbang dan anak kapal yang dibenarkan oleh juruterbang diberi kuasa oleh undang-undang untuk mengambil mana-mana langkah yang munasabah, termasuk menahan secara fizikal, untuk memastikan keselamatan di dalam penerbangan serta juga keselamatan dan kesejahteraan semua penumpang dan anak kapal yang ada dalam pesawat berkenaan," jelas Encik Iswaran.
“Syarikat penerbangan juga melatih kakitangan dan anak kapal barisan hadapannya untuk melindungi diri mereka apabila menangani penumpang yang bersikap tidak terkawal," tambah beliau.
Sewaktu di dalam pesawat, individu yang berkelakuan mengancam, menyinggungkan pesaaan, menghina atau menunjukkan tingkah laku tidak senonoh terhadap seorang anak kapal boleh dipenjara sehingga lima tahun atau didenda tidak melebihi S$100,000 atau kedua-duanya sekali.
Ini termaktub di bawah Akta Rampasan Pesawat dan Perlindungan Pesawat dan Lapangan Terbang Antarabangsa.

Sumber : CNA/FZ/fz
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.