Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Tiada pengayuh basikal disaman kerana langgar peraturan berkait saiz kumpulan

Anggaran Waktu Membaca:
Tiada pengayuh basikal disaman kerana langgar peraturan berkait saiz kumpulan

(Gambar: Serlina Eng/Facebook)

SINGAPURA: Polis Trafik (TP) tiada mengeluarkan sebarang saman terhadap kumpulan pengayuh basikal kerana melanggar undang-undang berhubung had pengayuh basikal dalam satu baris sejak ia berkuat kuasa pada 1 Januari 2022.

Demikian menurut Pasukan Polis Singapura (SPF) pada Isnin (8 Mei).

Kumpulan-kumpulan berbasikal di jalan raya dengan satu lorong dan lorong bas dihadkan kepada lima pengayuh basikal dalam satu baris.

Apabila berbasikal di jalan raya dengan dua atau lebih lorong, pengayuh basikal harus berpasangan dan dihadkan kepada 10 pengayuh.

Isu itu menarik perhatian menyusuli insiden pada April yang menyebabkan seorang pengayuh basikal dikejarkan ke hospital dan mengalami pendarahan ringan di bahagian otak.

Isteri pengayuh basikal tersebut berkata di Facebook bahawa “sekumpulan pengayuh basikal gila” menyebabkan pertembungan dengan suaminya itu. Tambahnya, mereka tidak menghiraukan keselamatan orang lain dan meninggalkan tempat kejadian.

SPF bulan lalu menyatakan, siasatan sedang dijalankan.

Had jumlah pengayuh basikal itu diperkenalkan disebabkan keterbatasan ruang di rangkaian jalan raya bandar Singapura, menurut Kementerian Pengangkutan (MOT) pada Oktober 2021.

Mereka yang didapati melanggar undang-undang tersebut boleh dikenakan denda S$150.

Sekitar setahun setelah undang-undang itu dikuatkuasakan, para pengayuh basikal memberitahu CNA bahawa ia tidak praktikal kerana mereka tidak boleh menghalang pengayuh lain daripada bergabung menjadi satu kumpulan dan mengubah tempat adalah satu keprihatinan semasa berbasikal di jalan raya dengan campuran satu lorong dan beberapa lorong.

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan