Tiada pemeriksaan imigresen untuk motosikal di Woodlands selepas 11.00 malam pada 20 Sep
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Mediacorp)
SINGAPURA: Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan Singapura (ICA) memaklumkan pihaknya tidak akan menjalankan pemeriksaan pelepasan imigresen ke atas motosikal di Pusat Pemeriksaan Woodlands selepas pukul 11.00 malam, 20 September.
Ini susulan penutupan zon ketibaan motosikal di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di Johor mulai pukul 11.59 malam pada 20 September hingga pukul 4.00 pagi 21 September bagi kerja-kerja penggantian papan tanda, menurut ICA dalam maklumat terkini di Facebook pada Isnin (19 Sep).
“Penunggang motosikal yang merancang untuk berlepas dari Singapura, dinasihat menggunakan Pusat Pemeriksaan Tuas sebagai ganti,” menurut ICA sambil menambah bahawa penunggang motosikal boleh mendapatkan maklumat lanjut menerusi laman Facebook pihak berkuasa berkenaan.
Pejabat Imigresen BSI sebelum ini mengumumkan bahawa Jabatan Kerja Raya daerah Johor Bahru akan melaksanakan penggantian dan penambahan papan tanda baru, termasuk papan tanda elektronik, di semua lorong motosikal di Zon A, B dan C.
"Lorong akan ditutup pada hari dan masa tersebut. Laluan alternatif ialah melalui Kompleks Sultan Abu Bakar," menurut pejabat Imigresen BSI dalam akaun Facebook rasminya pada 14 September.

Sumber : Bernama/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.