Tiada minyak dikesan susuli insiden kebocoran, proses isi minyak tangki kapal
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Tiada minyak dikesan di laut dan darat berikutan langkah pembersihan dan berjaga-jaga yang diambil sebagai respons kepada dua insiden berkaitan minyak baru-baru ini, kata pihak berkuasa dalam satu kenyataan bersama pada Rabu (30 Okt).
Semua kerahan aset respons minyak di laut oleh Penguasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA) bagi kedua-dua insiden juga akan dihentikan pada Rabu, manakala pelampung penyerap (containment, absorbent booms) yang dipasang di pelbagai lokasi sebagai langkah berjaga-jaga sejak 20 Oktober akan "dikeluarkan secara beransur-ansur".
Insiden pertama itu merupakan kebocoran minyak dari saluran paip milik syarikat tenaga utama Shell antara Pulau Bukom dengan Bukom Kecil pada 20 Oktober. Ia melibatkan sekitar 30 hingga 40 tan metrik "slop", iaitu campuran minyak dan air. Pihak berkuasa menyatakan bahawa tiada minyak lain yang dikesan di laut dan darat sejak itu, apabila Shell mula-mula melaporkan kebocoran tersebut.

Pihak berkuasa menambah bahawa kerja pembersihan di saluran antara kedua-dua pulau Bukom itu, termasuk pembersihan batu dan prasarana yang dicemari minyak, telah selesai.
Insiden kedua dan terbaharu ialah tumpahan minyak di luar Changi semasa proses mengisi tangki minyak atau 'bunkering' antara kapal kontena berdaftar Bahamas dengan kapal tangki minyak berlesen pada 28 Oktober. Dianggarkan 5 tan minyak dilaporkan melimpah. Pihak berkuasa menyatakan, tiada minyak dikesan daripada kejadian itu.

Siasatan oleh MPA dan Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) ke atas insiden kebocoran saluran paip Shell itu masih dijalankan. MPA juga akan menjalankan siasatan ke atas insiden pengisian tangki minyak yang berlebihan tersebut.
Kenyataan media bersama itu dikeluarkan oleh sembilan pihak berkuasa - MPA, NEA,Penguasa Bangunan dan Binaan (BCA), JTC, Lembaga Taman Negara, PUB, Perbadanan Pembangunan Sentosa (SDC), Agensi Makanan Singapura (SFA) dan Penguasa Tanah Singapura (SLA).

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.