Tiada laporan warga S'pura terlibat dalam nahas kereta api Taiwan: MFA
Tiada warga Singapura yang dilaporkan terlibat dalam nahas kereta api di Taiwan, menurut Kementerian Ehwal Luar Singapura (MFA) pada Isnin (22 Okt). Tragedi pada Ahad (21 Okt) itu meragut nyawa sekurang-kurangnya 18 18 orang manakala 175 tercedera.
SINGAPURA: Tiada warga Singapura yang dilaporkan terlibat dalam nahas kereta api di Taiwan, menurut Kementerian Ehwal Luar Singapura (MFA) pada Isnin (22 Okt). Tragedi pada Ahad (21 Okt) itu meragut nyawa sekurang-kurangnya 18 18 orang manakala 175 tercedera.
MFA turut menyampaikan ucapan takziah kepada anggota keluarga mangsa dan berharap agar mereka yang cedera akan cepat sembuh.
Menurut kenyataan itu lagi: "Pemerintah Singapura berduka cita dengan korban jiwa akibat kejadian kereta api yang tergelincir di daerah Yilan semalam."
"Warga Singapura yang berada di Taiwan harus menghubungi keluarga dan sahabat handai agar mereka tahu anda dalam keadaan selamat," tambah MFA.
Pejabat Perdagangan Singapura di Taipei sedang berhubungan dengan pihak berkuasa di sana.
Mereka yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Pejabat Perdangangan Singapura di Taipei di talian +8862 2772 1940 atau talian Pejabat Petugas 24 jam MFA di +65 6379 8800/8855.
Pada Ahad, kereta api Puyuma Express yang membawa 366 orang tergelincir dari landasan dan terbalik sedang ia menyusuri laluan yang popular dalam kalangan pelancong di timur laut wilayah Yilan.
Kemalangan itu yang paling dahsyat berlaku di Taiwan sejak 1991, apabila 30 penumpang maut dan 112 cedera selepas dua kereta api berlanggar di Miaoli.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.