Tiada laporan rakyat S'pura terjejas oleh letupan di Beirut: MFA
"Tiada laporan" mengenai rakyat Singapura yang terjejas akibat letupan di Beirut pada Selasa (4 Ogos) yang menyebabkan lebih 100 orang maut dan ribuan yang lain cedera, menurut Kementerian Ehwal Luar (MFA) dalam satu kenyataan pada Rabu (5 Ogos).
SINGAPURA: "Tiada laporan" mengenai rakyat Singapura yang terjejas akibat letupan di Beirut pada Selasa (4 Ogos) yang menyebabkan lebih 100 orang maut dan ribuan yang lain cedera, menurut Kementerian Ehwal Luar (MFA) dalam satu kenyataan pada Rabu (5 Ogos) yang turut mengutuskan takziah kepada mereka yang terjejas.
"Pemerintah Singapura berasa sedih atas korban jiwa akibat letupan di Beirut, Lubnan pada 4 Ogos 2020," menurut kementerian itu.
"Takziah kami kepada keluarga para mangsa dan warga Lubnan sewaktu masa sukar ini."
Kementerian itu menambah bahawa pihaknya sudah menghubungi rakyat Singapura di Lubnan yang sudah berdaftar secara online dan sudah "mengesahkan keselamatan mereka".
"Tiada sebarang laporan mengenai rakyat Singapura yang terjejas akibat letupan di Beirut."
Kedua-dua letupan di bandar itu mengakibatkan lebih 4,000 orang cedera dan lebih 100 orang maut, menurut Palang Merah Lubnan awal Rabu, sambil menambah bahawa operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.