Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Tiada laporan kes 'COVID berpanjangan' sejauh ini di S'pura: MOH

Satu kajian di Britain pada Oktober menyatakan satu dalam 20 orang mungkin mengalami simptom COVID-19 yang berlarutan.

Anggaran Waktu Membaca:
Tiada laporan kes 'COVID berpanjangan' sejauh ini di S'pura: MOH

Seorang pekerja kesihatan di S'pura berpakaian PPE mengambil sampel dari pekerja asing pada 27 Apr 2020 bagi ujian COVID-19 (Gambar: AFP/Roslan Rahman)

Diterbitkan : 03 Nov 2020 08:16PM Dikemas Kini : 03 Nov 2020 08:19PM

SINGAPURA: Kementerian Kesihatan (MOH) tidak menerima sebarang laporan tentang kes "COVID-19 yang berpanjangan" di Singapura sejauh ini, kata Menteri Kesihatan Gan Kim Yong dalam satu jawapan bertulis kepada pertanyaan Anggota Parlimen hari ini (3 Nov).

COVID-19 berpanjangan merujuk kepada simptom jangkitan COVID-19 yang masih ada selepas seseorang itu sudah sembuh, kata Encik Gan, sambil menarik perhatian bahawa ia menjadi tajuk perbicangan ketika lebih banyak kes COVID-19 dilaporkan.

Beliau menjawab pertanyaan AP Parti Pekerja He Ting Ru yang ingin tahu jika ada laporan atau kes COVID-19 berpanjangan yang disyaki di Singapura.

Encik Gan berkata apa yang dimaksudkan oleh COVID-19 berpanjangan buat masa ini tidak ada menakrifan yang jelas dan menjadi tumpuan kajian yang sedang dijalankan.

"Institusi penjagaan kesihatan kami sedang memantau pesakit mereka yang sudah sembuh dengan rapi bagi mengesan simptom-simptom berpanjangan daripada COVID-19 serta komplikasi lewat daripada jangkitan," tambahnya.

"Kami juga akan terus memantau dapatan baru kesan jangka panjang COVID-19."

Pesakit di negara lain melaporkan rasa penat, sukar bernafas, sakit sendi dan simptom-simptom lain.

Menurut laporan, ini boleh berlaku berminggu-minggu atau berbulan-bulan lamanya selepas sembuh daripada COVID-19 dan menjejas mereka yang ada simptom ringan serta mereka yang mengalami penyakit serius daripada jangkitan itu.

Satu kajian di Britain pada Oktober menyatakan satu dalam 20 orang mungkin mengalami simptom COVID-19 yang berlarutan selama lebih lapan minggu dan sekitar dua peratus pula lebih daripada 12 minggu. 

Sumber : CNA/RU/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan