Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Tiada lagi peluang kedua bagi pelanggan gagal bersihkan meja, tegas NEA dan SFA

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 18 Apr 2023 04:49PM Dikemas Kini : 18 Apr 2023 08:44PM
SINGAPURA: Para pelanggan di pusat penjaja makanan, kedai kopi dan dewan makan yang gagal memulangkan dulang dan pinggan mangkuk mereka akan berdepan tindakan lebih keras bermula dari 1 Jun.

Demikian menurut Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) pada Selesa (18 Apr).

Buat masa ini, pegawai penguat kuasa NEA dan Agensi Makanan Singapura (SFA) akan menasihati pelanggan yang tidak membersihkan meja mereka untuk
melakukan demikian.

Mereka yang enggan mematuhi arahan dan merupakan pesalah kali pertama akan dikenakan amaran bertulis.

Pesalah kali kedua akan dikenakan denda komposisi sebanyak S$300, manakala kesalahan selanjutnya mungkin berdepan dengan denda dari mahkamah.

Peraturan itu sudah dikuatkuasakan sejak 1 September 2021 bagi pusat penjaja makanan dan 1 Januari 2022 bagi kedai kopi dan dewan makan.

Pada Selasa, NEA menyatakan bahawa bermula 1 Jun, pesalah di pusat-pusat penjaja awam akan diminta memberi butiran mereka.

Pesalah kali pertama akan diberikan amaran dengan serta merta, dan bukan dinasihati. Pesalah yang mengulangi kesalahan akan dikenakan denda atau didakwa di mahkamah.

NEA dan SFA sedang meningkatkan penguatkuasaan untuk "mengukuhkan tabiat baik dan menghalang jumlah kecil pelanggan yang seringkali gagal untuk memulangkan dulang dan pinggan mangkuk mereka".

Ia "bertujuan untuk memastikan usaha baik majoriti (lebih dari 90 peratus) pelanggan yang memulangkan dulang dan pinggan mangkuk mereka tidak terjejas dengan kelakuan minoriti yang tidak bertimbang rasa".

Setakat 31 Mac tahun ini, dua denda bertulis diberikan dan tiada individu didenda atau didakwa di mahkamah, menurut NEA.

Kadar purata dulang dan pinggan mangkuk yang dipulangkan di pusat penjaja makanan juga meningkat dari 65 peratus pada Ogos 2021 kepada 90 peratus sekarang.

Manakala kadar di kedai kopi dan dewan makan kekal sekitar 90 peratus.

Agensi itu juga menyatakan bahawa ia akan meningkatkan usaha penguatkuasaan terhadap
pembuangan sampah dengan memasang kamera litar tertutup di "kawasan panas" bermula bulan ini.

Pesalah pembuangan sampah kali pertama akan didenda S$300 manakala mereka yang didakwa di mahkamah mungkin dikenakan denda dan Perintah Kerja Pemulihan (CWO) untuk membersihkan kawasan awam di bawah pengawasan. Sekitar 2,000 CWO dikeluarkan dari 2020 hingga 2022.

NEA menyatakan bahawa sesi CWO diperkenalkan di kawasan bandar seperti Chinatown dan Tanjong Pagar November lalu, untuk "menekankan kesan pembuangan sampah".

Sesi-sesi tersebut akan diperluaskan ke kawasan Farrer Park dari Julai 2023.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan