Tiada lagi dokumen kertas bagi memudahkan dagangan rentas sempadan
Perdagangan rentas sempadan kerap memerlukan banyak borang fizikal yang perlu ditukar antara syarikat. Perkara ini tidak begitu berkesan dan menelan kos yang tinggi.
SINGAPURA: Perdagangan rentas sempadan kerap memerlukan banyak borang fizikal yang perlu ditukar antara syarikat. Perkara ini tidak begitu berkesan dan menelan kos yang tinggi.
Namun, inisiatif TradeTrust yang diumumkan hari ini (4 Mac) bakal membantu industri perdagangan mendakapi zaman digital kini. Ini termasuk satu wadah bagi para pedagang untuk mendapatkan akses kepada dokumen elektronik dengan mudah merentasi sempadan.
Lebih 130,000 kapal berlabuh di sini setiap tahun dan perdagangan melalui laut adalah pemacu utama ekonomi negara. Namun, industri perdagangan maritim masih beroperasi melalui proses tradisional.
Salah sebuah syarikat pengiriman pengangkutan di sini misalnya mengendalikan sekitar 200 kiriman kapal setiap minggu dengan setiap satu daripadanya berserta dengan ratusan dokumen. Ini termasuk kontrak penting yang mengandungi perincian barangan yang dikirimkan.
Dokumen-dokumen lain yang biasanya diperlukan termasuk kertas-kertas kastam.
Dengan inisiatif TradeTrust, syarikat-syarikat boleh menguruskan dokumen-dokumen ini secara digital.
Sebagai permulaan, pemerintah sedang bekerjasama dengan Persatuan Perkapalan Singapura ke arah pendigitalan dokumen-dokumen penting.
Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) akan menerima maklum balas daripada sektor perdagangan maritim, logistik dan kewangan mengenai inisiatif tersebut.
IMDA juga akan menerima usulan teknikal pada masa kelak.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.