Tiada lagi buaya kelihatan di Sentosa; penggantungan aktiviti air ditarik balik
Kegiatan air di Sentosa disambung semula selepas Sentosa Development Corporation (SDC) menyatakan pada Ahad (8 Feb) bahawa tiada lagi penampakan buaya dikesan berhampiran pulau itu.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Kegiatan air di Sentosa disambung semula selepas Sentosa Development Corporation (SDC) menyatakan pada Ahad (8 Feb) bahawa tiada lagi penampakan buaya dikesan berhampiran pulau itu.
Buaya tersebut pertama kali dikesan di perairan sekitar Sentosa Cove pada 31 Januari, dan aktiviti air di pantai Siloso, Palawan dan Tanjong digantung sebagai langkah berjaga-jaga menyusuli penampakan berkenaan.
Keadaan itu menimbulkan kebimbangan dan kekecewaan dalam kalangan para pengunjung pantai.
Sejak itu, SDC menjalankan pemantauan harian serta menyelaraskan rondaan bersama Lembaga Taman Negara (NParks), menurut seorang jurucakap SDC.
“Berdasarkan penilaian semasa, kegiatan air, termasuk berenang, berkayak dan acara-acara yang dianjurkan, boleh disambung semula dengan serta-merta,” tambah jurucakap itu.
Bagaimanapun, orang ramai dinasihatkan supaya mematuhi papan tanda keselamatan serta arahan di lapangan dengan ketat, dan melaporkan sebarang penampakan atau pertemuan dengan buaya kepada Pusat Tindak Balas Haiwan NParks.
Jurucakap tersebut berkata SDC akan terus bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa berkaitan bagi memastikan keselamatan orang awam, sambil menambah bahawa tindakan lanjut akan diambil sekiranya keadaan berubah.
SDC memaklumkan pada Sabtu malam yang lalu bahawa pihaknya bersama NParks dimaklumkan berhubung kehadiran haiwan itu lebih awal pada hari berkenaan.
Ini merupakan buaya pertama yang dilaporkan dilihat di perairan Sentosa setakat ini, dan haiwan itu dilaporkan dikesan sekali lagi pada Ahad di kawasan perairan berhampiran Marina South Pier.
Sebagai tindak balas terhadap, Penguasa Tanah Singapura (SLA) pada Ahad turut menasihatkan orang ramai agar mengelakkan aktiviti air di pulau Sekijang Bendera (St John’s), Seringat, Sekijang Pelepah (Lazarus) dan Pulau Tembakul (Kusu) sehingga diberitahu kelak.
Pada Rabu, Angkatan Laut Republik Singapura (RSN) menyatakan pemantauan dipertingkatkan selepas seekor buaya dikesan di kawasan perairan berhampiran Pangkalan Tentera Laut Changi.
Pada 2023, seekor buaya air masin sepanjang hampir tiga meter dibunuh atas kebimbangan terhadap keselamatan orang awam. Buaya itu pernah dikesan di sebuah pantai di Marina East Drive dan kemudiannya ditemui berhampiran Taman East Coast.
Menteri Negara Kanan Pembangunan Negara ketika itu, Tan Kiat How, berkata buaya berkenaan dinilai sebagai membawa “risiko ketara” terhadap keselamatan orang awam.

Sumber : CNA/AZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.