Tiada khidmat kereta api antara Boon Lay dan Queenstown; gangguan bekalan tenaga sebabkan kelengahan beberapa jam
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: SMRT/Facebook
SINGAPURA: Laluan Timur Barat (EWL) berdepan kelengahan selama beberapa jam selepas gangguan bekalan tenaga yang berlaku pada Rabu (25 Sep), menjejas khidmat MRT dari kedua-dua arah antara stesen Boon Lay dan Queenstown.
Ini menjejas sembilan stesen MRT sepanjang laluan tersebut: Boon Lay, Lakeside, Chinese Garden, Jurong East, Clementi, Dover, Buona Vista, Commonwealth dan Queenstown.
Jurong East dan Buona Vista merupakan stesen pertukaran bagi Laluan Utara-Selatan dan Circle Line masing-masing.
Pengendali pengangkutan SMRT menyatakan dalam satu kemas kini pada pukul 10.17 pagi bahawa sebuah kereta api di Laluan Timur-Barat sedang dibawa kembali ke depot Ulu Pandan apabila ia menyebabkan gangguan bekalan tenaga.
Ini mengakibatkan sebuah kereta api berdekatan stesen Clementi tidak bergerak.
"Kakitangan stesen kami sudahpun dikerahkan untuk membantu penumpang yang berada dalam kereta api yang terjejas itu. Pengumuman dalam kereta api dan di stesen tersebut, dibuat untuk memastikan penumpang dimaklumkan," jelas SMRT.
Kereta api Kawasaki Heavy Industries (KHI), yang sudah berkhidmat lebih 35 tahun, mengalami kerosakan dan mengeluarkan asap, jelas SMRT dalam satu kemas kini pada pukul 12.20 tengah hari.
"Ini menyebabkan kerosakan pada kabel bekalan tenaga dan mengakibatkan gangguan bekalan tenaga, mengganggu khidmat kereta api antara stesen Boon Lay dengan Queenstown.
"Kira-kira 850 penumpang di dalam kereta api KHI yang terhenti berhampiran stesen Clementi dibawa keluar dengan selamat ke landasan, dengan kakitangan kami di tapak itu membimbing dan membantu mereka kembali ke platform stesen Clementi," tambahnya.
SMRT menambah bahawa khidmat bas biasa dan penyambung percuma disediakan antara stesen Boon Lay dan Queenstown.
SMRT mula mendedahkan mengenai insiden gangguan pada khidmat kereta api tersebut pada pukul 9.52 pagi, sambil mengaitkannya dengan "gangguan bekalan kuasa cengkaman". Ia kemudian menyatakan bahawa isu tersebut berpunca daripada "kerosakan kereta api" sebelum menyatakan dalam satu kemas kini, bahawa ia adalah disebabkan "gangguan bekalan tenaga".

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.