Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Tiada kes jangkitan COVID-19 dikesan setakat ini susuli ujian Blok HDB Pasir Ris

Kementerian Kesihatan (MOH) pada Isnin (24 Mei) menyatakan bahawa ujian COVID-19 yang sedang dijalankan ke atas para penduduk dan pengunjung sebuah blok perumahan awam di Pasir Ris tidak mengesan sebarang kes jangkitan koronavirus sejauh ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Tiada kes jangkitan COVID-19 dikesan setakat ini susuli ujian Blok HDB Pasir Ris

Penduduk sebuah blok HDB di Pasir Ris jalani ujian swab di bekas Sekolah Rendah Coral pada 23 & 24 Mei 2021 (Gambar: Nuria Ling/TODAY)

Diterbitkan : 24 May 2021 10:47PM Dikemas Kini : 24 May 2021 10:50PM

SINGAPURA: Kementerian Kesihatan (MOH) pada Isnin (24 Mei) menyatakan bahawa ujian COVID-19 yang sedang dijalankan ke atas para penduduk dan pengunjung sebuah blok perumahan awam di Pasir Ris tidak mengesan sebarang kes jangkitan koronavirus sejauh ini.

Semasa memberikan kemas kini mengenai operasi ujian yang dijalankan, MOH turut mendedahkan bahawa 285 penduduk dan pengunjung Blok 559 Pasir Ris Street 51 sudah menjalani ujian COVID-19 setakat 12.00 tengah hari Isnin.

Daripada jumlah tersebut, 188 orang diuji negatif, sementara lagi 97 yang lain masih menantikan hasil ujian mereka.

"Sejauh ini, tiada seorang pun yang diuji positif COVID-19," menurut MOH.

Pihak berkuasa menjalankan ujian tersebut setelah empat kes COVID-19 dari dua isi rumah yang berasingan dikesan di blok tersebut. Keempat-empat kes itu termasuk seorang lelaki rakyat Singapura berusia 88 tahun yang digajikan oleh Ramky Cleantech Services sebagai seorang pekerja pembersihan di Terminal 3 Lapangan Terbang Changi.

Beliau disahkan dijangkiti COVID-19 pada 5 Mei. Kelompok Lapangan Terbang Changi adalah kelompok masyarakat terbesar di Singapura setakat ini, dengan 108 kes dilaporkan setakat sehingga Ahad lalu.

Para penduduk blok itu kemudian dimaklumkan oleh MOH supaya menjalani ujian swab di Pusat Pemeriksaan Daerah di tapak bangunan lama Sekolah Rendah Coral pada 23 dan 24 Mei.

Ujian swab secara beramai-ramai itu dijalankan tidak lama selepas para penduduk yang tinggal di Blok 506 Hougang Avenue 8 menjalani ujian wajib COVID-19 pada Jumaat dan Sabtu lalu.

Pada Ahad, MOH menyatakan bahawa ia sudah selesai menjalankan ujian COVID-19 di blok yang terjejas di Hougang dan dua orang disahkan dijangkiti virus tersebut berdasarkan operasi yang dijalankan itu.

Kedua-dua jangkitan itu menambah kepada sembilan kes positif yang mendorong pihak berkuasa untuk menguji kesemua penduduk dan pengunjung blok tersebut.

Sumber : Today/TQ/tq

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa