Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Tiada kes haiwan peliharaan di S'pura terjangkit COVID-19 sejauh ini

Menurut Perkhidmatan Haiwan dan Veterinar (AVS), sejauh ini tiada sebarang kes haiwan peliharaan yang dijangkiti COVID-19 di Singapura.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 18 Nov 2021 08:21PM Dikemas Kini : 18 Nov 2021 10:46PM

SINGAPURA: Menurut Perkhidmatan Haiwan dan Veterinar (AVS), sejauh ini tiada sebarang kes haiwan peliharaan yang dijangkiti COVID-19 di Singapura.

AVS turut tidak menggalak ujian koronavirus atau vaksinasi untuk haiwan buat masa ini.

Ini kerana tiada bukti penyakit itu boleh menular dari haiwan ke manusia.

Pada masa ini, COVID-19 tidak menyebabkan sakit teruk dalam kalangan haiwan.

Jika haiwan peliharaan itu jatuh sakit setelah berhubungan rapat dengan individu disyaki dijangkiti COVID-19, pemiliknya harus segera membawa haiwan itu berjumpa dengan doktor haiwan.

Jika seseorang doktor haiwan mengesyaki haiwan itu mungkin dijangkiti COVID-19, beliau harus menghubungi AVS.

AVS akan menjalankan pemeriksaan, ujian tambahan dan mengasingkan haiwan itu jika perlu.

Ia juga akan memantau dengan teliti perkembangan terbaru dan menyemak semula maklumat-maklumat baru.

Sumber : CNA/RB/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan