Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Tiada kenaikan rizab dari jualan tanah negara, kata Indranee Rajah

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 07 Nov 2022 07:41PM Dikemas Kini : 07 Nov 2022 09:08PM
SINGAPURA: Tiada kenaikan bersih dalam rizab, ekoran penjualan tanah negara, kecuali pelaburan dibuat menggunakan dana hasil daripada penjualan tersebut.

Menteri Kedua Kewangan, Indranee Rajah berkata demikian sebagai menjawab pertanyaan Anggota Parlimen Tanpa Kawasan Undi (NCMP) Leong Mun Wai, berhubung kaitan antara penjualan tanah negara, hasilnya dan rizab negara.

Memberi contoh bagaimana tanah negara bertukar tangan, Cik Indranee berkata tanah tersebut dijual pada nilai pasaran yang adil bernilai S$1 juta.

Ia kemudian diubah daripada aset fizikal kepada aset kewangan.

Dianggap sebagai penukaran aset, rizab Singapura tidak naik nilainya di peringkat ini.

Nilai S$1 juta itu adalah sebahagian daripada rizab kewangan yang dilabur untuk rakyat Singapura.

Pada akhir pajakan 99 tahun, tanah tersebut dipulangkan kepada negara.

Apabila itu berlaku, ia juga tidak bermakna peningkatan bersih dalam rizab negara.

Ini kerana wang S$1 juta yang diterima sebelum ini adalah untuk kerugian negara bagi penggunaan tanah itu semasa tempoh pajakan.

"Tiada kenaikan bersih dalam rizab apabila tanah negara dijual dan hasilnya dipindahkan kepada aset kewangan. Ini hanya penukaran satu aset kepada aset lain. Tiada kenaikan bersih dalam rizab apabila tanah dikembalikan kepada negara setelah tempoh pajakannya tamat, kerana nilai pajakan tidak termasuk nilai faedah berbalik," kata Cik Indranee.

"Sekali lagi tiada kenaikan dalam nilai rizab apabila tanah yang dikembalikan kepada pemerintah dijual semula. Seperti sebelum itu, ini hanyalah pertukaran satu bentuk kepada bentuk lain. Ada kenaikan dalam rizab jika pemerintah melabur dan mengembangkan aset-aset kewangan. Ini hasil daripada pengurusan berhati-hati dan berhemat rizab kita oleh pemerintah ini dan tidak boleh diambil mudah," tambahnya.
Sumber : CNA/IQ/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan