Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Tiada kelonggaran bagi penjaga tidak divaksin masuk pusat beli-belah hantar anak ke kelas tambahan

Pihak berkuasa menjelaskan bahawa penjaga yang tidak divaksinasi tidak akan diberi pengecualian untuk memasuki pusat beli-belah untuk menghantar atau menjemput pulang kanak-kanak dari kelas tuisyen dan pengayaan di bawah langkah kawalan baru mengikut status vaksin yang bermula pada Rabu (13 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
Tiada kelonggaran bagi penjaga tidak divaksin masuk pusat beli-belah hantar anak ke kelas tambahan

(Gambar: Ili Nadhirah Mansor/TODAY)

Diterbitkan : 15 Oct 2021 06:43PM Dikemas Kini : 15 Oct 2021 06:47PM

SINGAPURA: Pihak berkuasa menjelaskan bahawa penjaga yang tidak divaksinasi tidak akan diberi pengecualian untuk memasuki pusat beli-belah untuk menghantar atau menjemput pulang kanak-kanak dari kelas tuisyen dan pengayaan di bawah langkah kawalan baru mengikut status vaksin yang bermula pada Rabu (13 Okt).

Di bawah langkah kawalan itu, mereka yang tidak divaksin tidak lagi dibenarkan memasuki pusat beli-belah, kedai besar bangunan sendiri, tempat daya tarikan, pusat penjaja dan kedai kopi sebagai sebahagian daripada sekatan terbaru yang dilaksanakan untuk melindungi mereka dan mengurangkan tekanan pada sistem penjagaan kesihatan.

Pengecualian dari peraturan baru itu diberikan kepada pesakit yang memerlukan rawatan perubatan dari doktor, doktor gigi dan pengamal Perubatan Tradisional Cina yang berdaftar, serta pengasuh yang perlu menghantar atau menjemput kanak-kanak dari prasekolah dan tajaka.

Menjawab pertanyaan media, agensi perdagangan Enterprise Singapore (ESG) menyatakan pengecualian bagi penjaga dihadkan kepada mereka yang menghantar kanak-kanak ke pusat jagaan kanak-kanak dan prasekolah, bukan pusat tuisyen dan kelas pengayaan.

Ia menambah: "Bagi pusat tuisyen dan kelas pengayaan, kami menggalakkan pengasuh yang tidak divaksin untuk membuat aturan alternatif, seperti meminta individu yang sudah vaksin untuk membawa kanak-kanak itu ke kelas."

Jika tidak, penjaga yang tidak divaksin mempunyai pilihan untuk menjalani ujian pra-acara untuk memasuki pusat beli-belah.

Tempoh kelonggaran selama seminggu dari 13 hingga 19 Oktober kini sedang berkuat kuasa bagi pusat beli-belah melaksanakan langkah baru yang ikut status vaksin.

Sumber : Today/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan