Tiada jumlah yang cukup dalam rizab Singapura: PM Lee
Perdana Menteri Lee Hsien Loong berkata tiada jumlah yang mencukupi dalam rizab Singapura.
PM Lee menyampaikan ucapan di majlis perpisahan Puan Halimah di Istana pada 13 Sep 2023.
Selain itu, tiada cara untuk menentukan apakah krisis yang akan dihadapi oleh negara ini di masa hadapan, dan berapa banyak yang diperlukan.
Beliau menjawab usul parlimen yang diketengahkan oleh Parti Kemajuan Singapura (PSP) di mana ia menyeru bagi semakan terhadap dasar belanjawan dan rizab, untuk mengutamakan kepentingan warga Singapura dahulu sebelum mengumpulkan lebih banyak bagi rizab negara.
Lebih daripada 10 Anggota Parlimen berucap mengenai topik itu.
Semasa perbahasan di Parlimen, PM Lee mengingatkan Dewan bahawa rakyat Singapura bertanggungjawab melindungi rizab negara, di mana beliau menyifatkannya sebagai "harta pusaka" bagi generasi akan datang.
Encik Lee juga berkata ia adalah etos yang dikekalkan di Parlimen.
"Pemerintah dilantik bukan sahaja untuk menjaga warganegara sekarang, tetapi juga melindungi masa hadapan negara.
"Dan pemerintah PAP telah melakukan kedua-duanya. Namun dalam menjaga rakyat kini, kita sangat berhati-hati untuk melindungi kepentingan golongan muda yang belum lagi keluar mengundi, warganegara di masa hadapan yang belum dilahirkan dan kepentingan jangka panjang Singapura," kata Encik Lee.
Sementara itu, PM Lee mencabar pihak pembangkang supaya mengetengahkan isu rizab itu di pilihan raya dan berkempen mengenainya, jika mereka benar-benar percaya Singapura perlu menggunakan lebih banyak wang rizab negara.
Encik Lee menjelaskan Pemerintah Singapura telah meneliti bagaimana untuk melindungi rizabnya sejak 1984.
Untuk melindungi daripada tekanan politik untuk mengeluarkan lebih banyak wang daripada rizab, pengasas Perdana Menteri Lee Kuan Yew memperkenalkan idea untuk mengadakan seorang Presiden Dilantik dengan kuasa perlembagaan untuk melindungi rizab negara sebagai kunci kedua.
"Saya mengingatkan mereka bahawa perubahan yang diusulkan bukan sekadar perubahan dasar yang mudah, tetapi ia memerlukan pindaan Perlembagaan untuk mengeluarkan belanja lebih banyak daripada rizab sebelumnya, yang dilindungi oleh Presiden.
"Sesetengah orang kata ia sukar bagi generasi masa kini untuk mematuhi peraturan fiskal ketat yang sama seperti sebelumnya.
"Menurut mereka, pertumbuhan kini lebih perlahan kerana kos sara hidup telah meningkat, memang sesuatu yang benar. Namun datuk moyang kita yang telah memperuntukkan hasil lebihan yang kemudian menjadi rizab, telah berada dalam keadaan serba kekurangan berbanding dengan kita. Atau secara terus terang, mereka lebih miskin daripada kita. Taraf kehidupan kita adalah dua atau tiga kali ganda lebih tinggi berbanding datuk moyang kita," kata PM Lee.
Menurut PM Lee, topik mengenai membelanjakan rizab telah pun dibincangkan di Parlimen selama bertahun-tahun.
Beliau memberikan contoh bekas AP Parti Pekerja Low Thia Khiang, yang pada 2009 menyoal mengapa pemerintah memilih untuk menetapkan contoh belanja menggunakan wang rizab, sedangkan ia mempunyai wang simpanan mencukupi bagi pemerintah yang berkhidmat semasa penggal itu.
Encik Lee menambah Encik Low kemudian memuji pemerintah kerana dapat membayar balik wang ke dalam rizab.
"Ini bagaimana pihak pembangkang yang bertanggungjawab membawa dirinya. Terdapat komitmen sama untuk melindungi rizab kita sebelum ini, kerana, dan sebagai pengiktirafan bersama bahawa ia digunakan sebagai aset strategik, hanya digunakan semasa kejadian yang tidak pernah berlaku sebelum ini.
"Kini saya dengar pihak pembangkang berhujah bahawa kita harus menukar peraturan dan mengeluarkan lebih banyak wang daripada rizab.
"Dan tentu sekali mereka tidak berniat menggeledah rizab, jauh sekali menyebabkan Singapura jatuh muflis.
"Mereka katakan, kami boleh mampu apa yang mereka usulkan. Saya dapat simpulkan bahawa keadaannya telah berubah," kata PM Lee.
Beliau berkata akhirnya, di sebuah negara demokrasi seperti Singapura, para penduduknya akan menentukan isu-isu penting seperti menguruskan rizab.
Beliau juga mencabar pihak pembangkang untuk berkempen mengenai hal tersebut di pilihan raya.
Usul yang kemudian dipinda oleh AP Bukit Panjang Liang Eng Hwa itu akhirnya diluluskan parlimen pada akhir perdebatan lebih enam jam.
Tujuh AP Parti Pekerja melahirkan bantahan mereka bersama dua NMP dari PSP yang mengemukakan usul yang asal.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.