Tiada jalan pintas bagi bakat asing terbaik dapat status PR, namun SG raih manfaat jika dapat kekalkan mereka: Tan See Leng
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Singapura tidak menjamin atau memberi jalan pintas bagi pemegang pas pekerjaan atau Pas Rangkaian & Kepakaran Luar Negara untuk mendapatkan status penduduk tetap (PR), kata Menteri Tenaga Manusia, Tan See Leng di Parlimen pada Isnin (7 Nov).
Namun menjadi harapan Singapura agar bakat asing terbaik yang datang ke negara ini memilih untuk terus menetap di sini dan menjadikannya tempat tinggal mereka, kata Dr Tan.
"Memberi status PR ataupun kewarganegaraan kepada bakat global yang layak bermakna kami boleh mengekalkan mereka di sini untuk terus mencipta peluang bagi Singapura dan warga Singapura dalam jangka masa panjang," kata beliau.
Dr Tan berkata demikian sebagai menjawab Anggota Parlimen Dilantik, Raj Joshua Thomas, berhubung membangunkan strategi bakat global.
Encik Thomas yang juga seorang peguam dan presiden Persatuan Keselamatan Singapura, mengemukakan dua cadangan utama tentang bagaimana Pemerintah boleh mengukuhkan dasar bakat global dan menangani kebimbangan penduduk tempatan.
Beliau berkata walaupun rakyat Singapura maklum bahawa negara ini tidak boleh menghasilkan semua bakat yang diperlukan untuk mengembangkan ekonomi, ada tanggapan bahawa dasar bakat global negara ini "sama dengan penghijrahan masuk".
"Dengan itu, pandangan saya adalah kita harus menerangkan dengan jelas bahawa hubungan kita dengan bakat global yang datang ke Singapura adalah seakan satu urus niaga," kata Encik Thomas.
Beliau menambah: "Pada fasa ujian kita lihat jika mereka sukakan kami kita suka mereka. Jika ia padan, kita semestinya akan mempelawa mereka untuk menjadi penduduk tetap dan warganegara."
Encik Thomas berkata Singapura harus memastikan warga asing yang bekerja dan bercadang untuk tinggal di sini juga harus menghormati dan menerima identiti kebangsaan, nilai bersama dan cara kehidupan di negara ini.
"Dengan itu saya menggalakkan Pemerintah agar menekankan bahawa kewarganegaraan dan status penduduk tetap bukan sekadar terletak pada kemahiran dan kelayakan."
Dr Tan bersetuju dengan mengatakan bahawa Singapura mengekalkan "perbezaan yang jelas" antara pas kerja dan rangka kerja imigresen.
Permohonan bagi status penduduk tetap atau kewarganegaraan dinilai secara bebas dan berdasarkan pertimbangan termasuk pertalian keluarga pemohon dengan warga Singapura, keupayaan untuk bercampur dalam masyarakat, sumbangan ekonomi dan komitmen untuk terus menetap di Singapura, kata beliau.
"Rasa hormat terhadap undang-undang kita, budaya kita dan rakan sekerja tempatan mereka akan mengurangkan pergeseran di tempat kerja dan pada masa yang sama menghasilkan pasukan yang lebih kuat," kata Dr Tan.
Encik Thomas juga menegaskan bahawa perlu ada rasa hormat terhadap keupayaan rakyat Singapura.
Beliau menarik perhatian statistik yang dikongsi Dr Tan bulan lepas bahawa lebih 1,700 majikan diletakkan dalam senarai pemantauan Rangka Kerja Pertimbangan Adil (FCF) kerana mempunyai jumlah tinggi kewarganegaraan asing dari satu negara sumber.
300 firma juga melanggar FCF dari 2017 hingga 2020.
Menurut Encik Thomas, meskipun beberapa warga Singapura mungkin hilang kerja mereka kepada bakat global, dasar Singapura harus memastikan " warga asing juga akan kehilangan kerja kepada rakyat Singapura kerana kita dapat mengisi peranan tersebut sendiri".
Untuk mencapai matlamat ini, beliau menyarankan bahawa lebih banyak harus dilakukan di sekolah untuk memupuk pemikiran global dalam kalangan pelajar.
Dr Tan berkata Singapura sudah ada program untuk membangunkan keupayaan sedemikian dari awal.
Kementerian Tenaga Manusia juga akan bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan (MOE) untuk "memupuk minda global" lebih awal lagi.
Dr Tan juga berjanji untuk meningkatkan kerjasama dengan kesatuan sekerja, pekerja dan syarikat serta menggalakkan orang ramai agar mengambil bahagian dalam sesi perbincangan Melakar Hala Tuju Singapura untuk menyumbang idea mereka.

Sumber : CNA/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.