Tiada insiden serius libatkan data rakyat buat 3 tahun berturut-turut
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Buat tiga tahun berturut-turut, tiada insiden serius dilaporkan membabitkan data rakyat.
Demikian menurut laporan terkini mengenai perlindungan data peribadi yang didedahkan hari ini (31 Jul).
Pejabat Negara Bijak dan Pemerintah Digital menyatakan kesemua 182 insiden yang berlaku dalam tahun kewangan lalu tidak begitu serius dan tidak meninggalkan kesan besar terhadap agensi atau individu terjejas.
Jumlah insiden data bertambah sebanyak empat kes berbanding setahun lalu.
Menurut Pejabat Negara Bijak, ia disebabkan oleh lebih banyak perkongsian data antara agensi sedang sektor awam menjalani pendigitalan.
Satu garis panduan dilancarkan pada Mac bagi membantu kakitangan awam memadamkan maklumat yang boleh mengenal pasti seseorang daripada set data yang akan dikongsikan.
Secara berasingan pula, jumlah aduan yang diterima daripada orang awam berhubung kemungkinan berlakunya penggodaman data oleh sektor swasta merosot 46 peratus.

Sumber : CNA/AI/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.