Tiada hukuman penjara atau denda tambahan buat ketua editor Online Citizen Terry Xu: Mahkamah Tinggi
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Ketua editor laman berita alternatif The Online Citizen tidak perlu menjalani hukuman penjara atau membayar denda selepas hukuman penjara asalnya digantikan dengan denda, menurut keputusan Mahkamah Tinggi pada Jumaat (4 Ogos).
Terry Xu Yuanchen pada asalnya dijatuhi hukuman penjara tiga minggu atas jenayah memfitnah, yang sudah dia jalani, sebelum hukuman penjarannya digantikan dengan denda S$8,000 selepas rayuannya diterima pada 4 Mei.

Pada Jumaat, pendakwa, yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Mohamed Faizal, Andre Ching dan Niranjan Ranjakunalan, berhujah bahawa Xu patut menjalani hukuman penjara selama dua minggu jika gagal membayar denda S$8,000, atau membayar denda itu.
"Jika yang mengemuka rayuan tidak mampu membayar denda yang ditetapkan, dia harus menjalani hukuman sepenuhnya, walaupun dia memilih untuk menjalani hukuman penjara sebelum rayuannya," kata pendakwa.
Menurut pendakwa, keadaan pada masa itu "berpunca daripada dirinya sendiri" dan dia "tidak sepatutnya mengadu".
Remy Choo Zheng Xi, peguam Xu, menyanggah dengan berkata bahawa ia adalah keterlaluan untuk anak guamnya menjalani hukuman penjara jika dia tidak dapat membayar denda, ditambah dengan hukuman penjara asalnya.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.