Tiada hukuman minimum bagi pesalah trafik kali pertama bukan tanda berlembut: MHA
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) menjelaskan, memansuhkan hukuman minimum untuk pesalah trafik kali pertama, bukanlah tanda pihak berkuasa lebih berlembut terhadap mereka.
Sebaliknya, ia bertujuan untuk memberi mahkamah budi bicara penuh untuk menjatuhkan hukuman yang paling sesuai.
Namun, beberapa Anggota Parlimen (AP) berkongsi keprihatinan mengenai langkah terbaharu itu, kerana mungkin memberi isyarat yang salah kepada pemandu yang tidak bertanggungjawab.
Ini lebih-lebih lagi memandangkan beberapa kemalangan serius yang berlaku di jalan-jalan raya Singapura.
Terdapat juga saranan agar pindaan tersebut disertakan kempen kesedaran awam mengenai hukuman yang lebih fleksibel ke atas pesalah kali pertama.
"Tujuan pindaan ini bukan untuk mengisyaratkan pendirian lebih longgar terhadap pemandu kenderaan yang cuai, atau melepaskan mereka dengan hukuman lebih ringan. Kami akan terus menghukum mereka yang menunjukkan tingkah laku tidak bertanggungjawab," kata Menteri Negara Ehwal Dalam Negeri, Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim di Parlimen pada Selasa (7 Jan).
"Hukuman maksimum adalah berat dan tidak berubah. Hakim akan mempunyai fleksibiliti penuh untuk memutuskan hukuman yang sesuai, sehingga hukuman maksimum yang ditetapkan undang-undang, bergantung pada fakta setiap kes," tambahnya.

Sumber : CNA/IQ/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.