Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Tiada gaji bagi jawatan Menteri Kanan Emeritus, kata Goh Chok Tong

Menteri Kanan Emeritus (ESM) Goh Chok Tong menjelaskan dalam satu catatan Facebook pada Selasa (18 Sep), bahawa beliau tidak mendapat gaji menteri.

Anggaran Waktu Membaca:
Tiada gaji bagi jawatan Menteri Kanan Emeritus, kata Goh Chok Tong

Gambar fail Encik Goh Chok Tong. (Gambar: Kazuhiro Nogi/AFP)

Diterbitkan : 18 Sep 2018 04:36PM Dikemas Kini : 18 Sep 2018 04:41PM

SINGAPURA: Menteri Kanan Emeritus (ESM) Goh Chok Tong menjelaskan dalam satu catatan Facebook pada Selasa (18 Sep), bahawa beliau tidak mendapat gaji menteri.

Catatan Facebook Encik Goh itu dibuat menyusuli adanya cakap-cakap awam mengenai gaji para menteri sejak akhir-akhir ini.

Pada Ahad (16 Sep), pemerintah sudahpun mengambil langkah untuk menyangkal "kepalsuan" berhubung gaji para menteri yang tular secara online.

Factually, iaitu laman yang dikendalikan oleh Kementerian Perhubungan dan Penerangan (MCI), menyatakan bahawa Perdana Menteri dibayar gaji sebanyak S$2.2 juta dalam setahun, termasuk bonus dan bukan S$4.5 juta seperti yang dilaporkan oleh beberapa laman.

Encik Goh menyatakan bahawa beliau bersara daripada Kabinet pada 2011 bagaimanapun, masih terus "bekerja untuk Singapura", dan menggunakan kedudukannya untuk membantu meningkatkan kesedaran dan membiayai golongan berbeza yang kurang bernasib baik di Singapura.

Encik Goh, yang merupakan Perdana Menteri Singapura dari tahun 1990 hingga 2004, buat masa ini adalah Anggota Parlimen bagi GRC Marine Parade. Beliau berkhidmat sebagai Menteri Kanan hingga tahun 2011 apabila beliau bersara dari Kabinet.

Ahli politik veteran tersebut pernah memberi pandangannya mengenai rancangan penggantian kepimpinan pemerintah. Bulan lalu, semasa satu acara masyarakat beliau berkata bahawa para menteri Singapura tidak dibayar gaji yang sewajarnya, tetapi kemudian menjelaskan bahawa laporan-laporan mengenai komennya itu diputarbelitkan.

Gaji bagi menteri Singapura yang baru ditanda aras dengan pendapatan median 1,000 rakyat Singapura yang meraih pendapatan tertinggi. Ia kemudian dikenakan diskaun 40 peratus bagi mencerminkan etos khidmat awam.

Satu semakan tahun lalu menyarankan agar tanda aras gaji tersebut dinaikkan, sejajar dengan gaji lebih tinggi yang ditawarkan di sektor swasta. Bagaimanapun Pemerintah memutuskan untuk tidak melakukan sebarang perubahan.

Dalam respons bertulis kepada Parlimen minggu lalu, para menteri dilapor menerima bonus prestasi antara tiga hingga enam bulan dari tahun 2013 hingga 2017. 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan