Skip to main content

Singapura

Tiada denda bagi buku dipulang lewat sempena ulang tahun ke-30 NLB

Buat pertama kalinya Lembaga Perpustakaan Negara (NLB) tidak akan mengenakan denda tertunggak bagi buku dan buku rujukan pinjaman yang melebihi tempoh.

Anggaran Waktu Membaca:
Tiada denda bagi buku dipulang lewat sempena ulang tahun ke-30 NLB

Lembaga Perpustakaan Negara (NLB) tidak akan mengenakan denda ke atas buku yang dipulangkan lewat sempena ulang tahunnya yang ke-30. (Gambar: Mediacorp)

SINGAPURA: Buat pertama kalinya Lembaga Perpustakaan Negara (NLB) tidak akan mengenakan denda tertunggak bagi buku dan buku rujukan pinjaman yang melebihi tempoh.

Langkah sekali sahaja itu diambil dengan tujuan untuk menggalak lebih ramai rakyat Singapura kembali ke perpustakaan.

Menurut NLB, untuk layak bagi pelepasan tersebut, anggota berkenaan perlu meminjam sekurang-kurangnya sebuah buku atau sumber elektronik sebelum akhir tahun ini.

Langkah itu diambil sedang NLB menyambut ulang tahunnya yang ke-30.
Sumber : BERITA Mediacorp/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita