Tiada data hilang setelah penggodam dapatkan maklumat log masuk, kata pusat data SG
Seseorang individu menggunakan komputer riba. (Gambar: Unsplash)
SINGAPURA: Pengendali pusat data Global ST Telemedia (STT GDC) mendapati bahawa tiada data yang hilang atau kesan pada portal khidmat pelanggan syarikat itu menyusuli insiden penggodaman pada 2021, menurutnya pada Selasa (21 Feb).
Melalui kaedah yang tidak diketahui, penggodam itu mendapatkan maklumat log masuk - alamat emel dan kata kunci - bagi laman web sokongan pelanggan pengendali pusat data China, GDS dan STT GDC, lapor Bloomberg, menukil laporan oleh firma penyelidikan keselamatan siber Resecurity.
Maklumat log masuk bagi lebih 1,000 orang di STT GDC dicuri, manakala maklumat bagi lebih 3,000 orang di GDS, termasuk pekerja dan pelangannya, dicuri, menurut Bloomberg.
Menjawab pertanyaan Mediacorp, STT GDC menyatakan, ia dimaklumkan pada Januari 2023 mengenai "ancaman terhadap portal khidmat pelanggan di rantau India dan Thailand".
"Pasukan-pasukan berkaitan sudahpun melakukan pemeriksaan yang teliti dan siasatan kami sejauh ini menunjukkan bahawa tiada data hilang atau sebarang kesan terhadap mana-mana portal khidmat pelanggan tersebut," kata jurucakap firma tersebut.
"TINDAKAN SEGERA" DIAMBIL
STT GDC pada September 2021 menyatakan, ia dimaklumkan bahawa "senarai maklumat pengguna bagi salah satu sistem IT kami" disebarkan di laman web.
"TIndakan segera" diambil, menurut firma tersebut, termasuk melakukan siasatan dalaman dan mendapatkan perkhidmatan penyedia keselamatan siber di luar.
"Tiada akses yang tidak diluluskan atau kehilangan data berhubung sistem IT itu ditemui dan aplikasi itu kekal selamat sehingga hari ini," menurut STT GDC, sambil menambah bahawa sistem IT itu merupakan alat khidmat pelanggan pihak ketiga yang dihoskan 'awan', tanpa sebarang kaitan dengan sistem korporat lain atau prasarana pusat data yang penting.
Aplikasi sedemikian digunakan oleh pelanggan untuk menghantar permintaan khidmat seperti membuat pesanan bagi penghantaran atau mendapatkan hubungan secara langsung antara dua unit berasingan di pusat data.
"Dari segi reka bentuk, portal khidmat pelanggan tersebut tiada kaitannya dengan pusat data operasi kami, tidak dianggap penting bagi perniagaan dan tidak mengandungi sebarang data atau maklumat peribadi."
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.