Tiada campur tangan diplomatik dalam kes curi dalam kedai libatkan perenang Itali: Shanmugam
Anggaran Waktu Membaca:
Perenang Itali Benedetta Pilato (kiri) dan Chiara Tarantino (kanan). (Gambar: AFP/Alberto Pizzoli, World Aquatics)
SINGAPURA: Tiada campur tangan diplomatik bagi mempengaruhi keputusan kes bulan lalu yang melibatkan dua perenang Itali yang ditangkap di Singapura kerana mencuri di Lapangan Terbang Changi, kata Menteri Ehwal Dalam Negeri K Shanmugam pada Rabu (24 Sep).
Encik Shanmugam, yang juga Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara, menjawab soalan parlimen oleh Anggota Parlimen (AP) Parti Pekerja Gerald Giam mengenai protokol bagi siasatan dan pembebasan pelawat asing yang ditahan atas kesalahan jenayah.
Encik Giam juga bertanya sama ada campur tangan diplomatik dari kedutaan asing boleh mempengaruhi keputusan undang-undang bagi kes sebegitu, serta mengapa para perenang tersebut hanya dikenakan amaran dan larangan masuk.
Benedetta Pilato, 20, dan Chiara Tarantino, 22, ditangkap pada 14 Ogos kerana mencuri di lapangan terbang. Mereka sedang dalam perjalanan pulang ke Itali selepas bercuti di Bali, selepas tamat Kejohanan Akuatik Dunia di Singapura.
Pada 19 Ogos, mereka diberi amaran bersyarat selama setahun dan diharamkan masuk semula ke Singapura.
Mereka mencuri barangan bernilai S$150, yang berjaya dipulihkan, kata Encik Shanmugam.
Beliau berkata bahawa kedua-dua mereka meminta akses konsular selepas ditangkap.
Polis kemudian memaklumkan kedutaan Itali mengenai penahanan mereka dan meneruskan siasatan.
“Tiada campur tangan diplomatik untuk mempengaruhi keputusan undang-undang,” tambahnya.
Kedua-dua mereka “dilayan mengikut rangka kerja untuk menangani pesalah, berdasarkan jenis kesalahan yang dilakukan,” kata Encik Shanmugam, sambil menambah bahawa rangka kerja yang sama digunakan kepada semua individu tanpa mengira sama ada mereka warga asing atau tempatan.
Beliau berkata bahawa dalam kes yang melibatkan pesalah asing, pihak berkuasa Singapura akan memaklumkan mereka tentang hak untuk mendapatkan akses konsular semasa ditangkap atau ditahan.
Jika mereka meminta akses tersebut, pihak berkuasa akan memaklumkan kedutaan agar ia dapat menghulurkan bantuan konsular yang sewajarnya.
Beliau menambah bahawa ini adalah satu keperluan di bawah Konvensyen Vienna mengenai Hubungan Konsular, yang turut dipersetujui Singapura.
Awal bulan ini, kedutaan Itali memberitahu Mediacorp bahawa pihaknya campur tangan dan menghulurkan bantuan kepada kedua-dua perenang tersebut, yang pulang ke Itali pada 19 Ogos.

Sumber : CNA/IM/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.