Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Tiada bukti ada pijat di pawagam Plaza S’pura, menurut Golden Village

 Rangkaian pawagam Golden Village (GV) menyatakan bahawa tiada bukti terdapat pijat di cawangannya di Plaza Singapura setelah seorang pelanggan mengadu mengalami gigitan pijat setelah menonton wayang di sana.

Anggaran Waktu Membaca:
Tiada bukti ada pijat di pawagam Plaza S’pura, menurut Golden Village

(Gambar: Jeanette Tan/Facebook)

Diterbitkan : 04 Jan 2020 11:13AM Dikemas Kini : 04 Jan 2020 11:16AM

SINGAPURA: Rangkaian pawagam Golden Village (GV) menyatakan bahawa tiada bukti terdapat pijat di cawangannya di Plaza Singapura setelah seorang pelanggan mengadu mengalami gigitan pijat setelah menonton wayang di sana.

Pengguna Facebook Jeanette Tan menulis dalam satu catatan pada 27 Dis mendakwa bahawa tunangnya mendapati kesan gigitan pada lengan kanannya setelah mereka menonton wayang Ip Man 4 di GV Plaza pada 20 Dis.

"Keesokan harinya, kesan gigitan itu menjadi lebih teruk dan setelah mendapat rawatan, kami diberitahu bahawa ia adalah gigitan pijat," tulis Cik Tan dalam catatannya.

Dalam responsnya kepada pertanyaan Mediacorp, GV menyatakan bahawa pihaknya dengan serta-merta mengepung tempat duduk yang terjejas dan memanggil unit kawalan serangga perosak untuk menyiasat setelah menerima aduan pada 21 Dis.

Menurut GV, unit kawalan serangga perosak tidak menjumpai sebarang bukti pijat di kawasan itu. Panggung wayang yang terjejas sudahpun dibersih sebagai langkah pencegahan.

GV menambah bahawa pemeriksaan kawalan serangga perosak dijalankan secara kerap di semua panggung wayangnya.

Sumber : Today/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan