Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Tiada bayaran ERP di sesetengah gantri semasa cuti sekolah Disember

Kadar Bayaran Elektronik Jalan Raya (ERP) akan dikurangkan sebanyak S$1 di sesetengah gantri semasa musim cuti sekolah Disember.

Anggaran Waktu Membaca:
Tiada bayaran ERP di sesetengah gantri semasa cuti sekolah Disember

(Gambar: Mediacorp)

Diterbitkan : 16 Nov 2021 06:25PM Dikemas Kini : 16 Nov 2021 06:27PM

SINGAPURA: Kadar Bayaran Elektronik Jalan Raya (ERP) akan dikurangkan sebanyak S$1 di sesetengah gantri semasa musim cuti sekolah Disember.

Demikian diumumkan oleh Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) hari ini (16 Nov).

Kadar yang disemak itu akan berkuat kuasa dari 22 November hingga 3 Januari 2022, menurut LTA dalam satu kenyataan media.

Tiada bayaran ERP dikenakan bagi tiga gantri di Lebuh Raya Ayer Rajah (AYE) selepas Jurong Town Hall menghala ke kawasan Bandar sepanjang tempoh ERP beroperasi.

Ini juga tertakluk bagi KPE (ECP) selepas gantri jejambat Defu, menurut LTA.

Berikut adalah perubahannya:

(Gambar: LTA)

(Gambar: LTA)

Kadar bagi gantri-gantri lain kekal tidak berubah.

Bayaran ERP akan kembali kepada kadar sebelum musim cuti sekolah mulai 4 Januari tahun hadapan, menurut LTA.

Sumber : CNA/HA/ha

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa