Tiada batas bagi jangkauan, kesan laman web untuk nilai campur tangan asing: MHA
Menteri Negara bagi Ehwal dalam Negeri Sun Xueling berkata tiada batas bagi jangkauan dan kesan sesebuah laman apabila menilai tindakan terhadap potensi campur tangan asing.
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar hiasan: Mediacorp)
SINGAPURA: Menteri Negara bagi Ehwal dalam Negeri Sun Xueling berkata tiada batas bagi jangkauan dan kesan sesebuah laman apabila menilai tindakan terhadap potensi campur tangan asing.
Beliau menjawab soalan mengenai isu tersebut selepas 10 laman disekat baru-baru ini.
Laman-laman itu berpotensi digunakan oleh pelaku asing untuk menjalankan kempen maklumat yang berniat jahat terhadap Singapura.
"Arahan yang diberikan kepada penyedia khidmat akses Internet untuk menghalang akses kepada 10 laman dikeluarkan dengan niat melindungi para pengguna di Singapura daripada mengakses dan kemungkinan dipengaruhi oleh lelaman tidak sahih itu.
"Namun jika para individu pilih untuk mengatasi perlindungan itu dan menggunakan VPN atau cara-cara lain untuk mengakses kandungan tidak sahih, mereka berbuat demikian atas risiko sendiri," kata Cik Sun.
Beliau menambah kebanyakan daripada laman itu mempunyai kaitan dengan rangkaian global laman berita tidak sahih.
Ia diketahui telah menjalankan kempen maklumat salah di negara-negara lain.
Menurut Cik Sun, walaupun tahap pendedahannya adalah rendah di Singapura, tindakan berjaga-jaga diambil untuk meningkatkan kesedaran orang ramai.

Sumber : CNA/HA/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.