Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

'Tiada askar lemah, hanya pemimpin lemah': CEO SMRT Neo Kian Hong

Ketua pegawai eksekutif SMRT Group Neo Kian Hong berkata pada Jumaat (16 Nov) bahawa tiada "isu-isu budaya yang berakar umbi" dalam syarikat tersebut seperti mana disarankan oleh bekas CEO SMRT Desmond Kuek, dan menekankan bahawa beliau akan turun padang untuk bekerjasama dengan para kakitangan.

Anggaran Waktu Membaca:
'Tiada askar lemah, hanya pemimpin lemah': CEO SMRT Neo Kian Hong

Ketua pegawai eksekutif SMRT Group Neo Kian Hong. (Gambar: Matthew Mohan)

Diterbitkan : 16 Nov 2018 11:40PM Dikemas Kini : 16 Nov 2018 11:43PM

SINGAPURA: Ketua pegawai eksekutif SMRT Group Neo Kian Hong berkata pada Jumaat (16 Nov) bahawa tiada "isu-isu budaya yang berakar umbi" dalam syarikat tersebut seperti mana disarankan oleh bekas CEO SMRT Desmond Kuek, dan menekankan bahawa beliau akan turun padang untuk bekerjasama dengan para kakitangan.

Bercakap kepada para wartawan di Depot Kim Chuan, Encik Neo, mantan panglima pasukan pertahanan, menggunakan analogi ketenteraan untuk menekankan bahawa pengurusan SMRT perlu bertanggungjawab di atas prestasi syarikat itu.

"Di beberapa pasukan tentera, mereka menggunakan istilah ini - "tiada askar yang lemah, hanya ada pemimpin yang lemah," menurut Encik Neo. "Ini adalah sukan berpasukan. Seluruh pertubuhan diperlukan".

Encik Neo yang menggantikan Encik Kuek pada 1 Ogos, juga tidak bersetuju dengan penilaian bekas CEO itu menyusuli insiden terowong yang banjir tahun lalu. Beliau telah mengatakan bahawa terdapat "isu-isu budaya yang berakar umbi" dalam syarikat itu.

Encik Neo menekankan sebaliknya tentang kepimpinan dan "penglibatan dari bawah."

BEKERJA DALAM "KEADAAN SUKAR"

Encik Neo turut ingin menekankan bahawa para kakitangan SMRT bersikap "rajin dan bermotivasi tinggi" meskipun dalam keadaan "sukar".

Memberi contoh sebuah pasukan menjalankan kerja penyenggaraan dalam terowong pada awal pagi, Encik Neo berkata bahawa mereka tidak membuka kipas dalam terowong kerana tidak mahu mengganggu para penduduk di kawasan kejiranan.

Encik Neo, yang menjual keretanya dan menggunakan pengangkutan awam untuk memahami isu-isu yang dihadapi oleh para pengguna pengangkutan awam berkata bahawa masalah-masalah mereka sudah menjadi peribadi buat dirinya.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan