Skip to main content

Singapura

'Tiada ancaman segera' terhadap kapal-kapal di Selat Melaka dan S'pura, kata MPA

Tiada sebarang maklumat diterima mengenai ancaman segera terhadap kapal-kapal yang berlayar melalui Selat Melaka dan Singapura ataupun kapal-kapal yang berdaftar di negara ini, menurut Penguasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA) pada Jumaat (5 Jul).

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 05 Jul 2019 12:50PM Dikemas Kini : 05 Jul 2019 10:04PM

SINGAPURA: Tiada sebarang maklumat diterima mengenai ancaman segera terhadap kapal-kapal yang berlayar melalui Selat Melaka dan Singapura ataupun kapal-kapal yang berdaftar di negara ini, menurut Penguasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA) pada Jumaat (5 Jul).

MPA menyatakan demikian sebagai menjawab pertanyaan media mengenai langkah China meningkatkan amaran keselamatannya kepada tahap paling tinggi bagi kapal-kapal yang berlayar di Selat Melaka.

"Pelabuhan Singapura akan mengekalkan tahap keselamatan sedia ada, iaitu pada paras 1, selaras dengan Kod Keselamatan Kemudahan Kapal dan Pelabuhan Antarabangsa (ISPS) manakala agensi-agensi keselamatan Singapura pula akan terus berwaspada," menurut MPA.

Pihak berkuasa itu turut menyatakan bahawa "tidak kira tahap keselamatan", semua kapal yang berlayar di Selat Melaka dan Singapura "dinasihati supaya sentiasa berjaga-jaga dan melaksanakan langkah-langkah keselamatan sewajarnya, selaras dengan rancangan keselamatan kapal-kapal ISPS".

"MPA akan memantau keadaan dengan teliti dan menyediakan perkembangan terkini kepada kapal-kapal yang melalui SOMS (Selat Melaka dan Singapura) serta kapal-kapal yang berdaftar di Singapura."

Menurut laporan Bloomberg pada Rabu (3 Jul), China tidak menjelaskan mengapa ia meningkatkan tahap keselamatan di kawasan selat antara Singapura, Malaysia dengan Indonesia, yang menghubungkan Lautan Hindi dan Pasifik.

Pada bulan lalu, kapal-kapal di Selat Hormuz - yang merupakan laluan paling penting untuk kapal-kapal yang membawa bekalan minyak dunia - diserang di tengah-tengah ketegangan yang bertambah buruk antara Amerika Syarikat dengan Iran. 

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita