Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Thye Hua Kwan rai ulang tahun ke-10 dengan perkenal program buat golongan kurang upaya

Badan amal Thye Hua Kwan Moral Charities (THKMC) melancarkan satu program khusus buat golongan kurang upaya sempena ulang tahunnya yang ke-10 tahun ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 11 Dec 2021 07:09PM Dikemas Kini : 11 Dec 2021 09:34PM

SINGAPURA: Badan amal Thye Hua Kwan Moral Charities (THKMC) melancarkan satu program khusus buat golongan kurang upaya sempena ulang tahunnya yang ke-10 tahun ini.

Dipanggil Knead with Love, para peserta dapat mengikuti bengkel membuat kuih di bawah program tersebut.

Menerusi pendedahan seperti itu, golongan kurang upaya diharap dapat menimba kemahiran yang akan membantu mereka mendapat pekerjaan.

THKMC merupakan salah satu rakan kerja Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga yang menyediakan pelbagai khidmat demi memenuhi keperluan golongan memerlukan.

Turut menghadiri acara ulang tahunnya yang ke-10 hari ini (11 Dis) adalah Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga Masagos Zulkifli. Beliau berikrar sokongan akan terus diperkukuh untuk rakyat yang memerlukan.

"Di bawah Pelan Induk Pemerkasaan 2030, kami akan terus menjalinkan kerjasama lebih kukuh antara rakyat serta sektor awam dan swasta, termasuk golongan kurang upaya dan penjaga mereka," kata Encik Masagos.

"Secara bersama, kita akan menghasilkan huraian dalam bidang-bidang seperti pendidikan dan pembelajaran berterusan, pengambilan pekerja, jagaan kesihatan dan kemudahan akses."

THKMC turut melancarkan usaha mengumpul dana untuk menyediakan baucar barangan dapur bernilai $100,000 bagi keluarga-keluarga berpendapatan rendah.

Baucar-baucar tersebut akan diserahkan kepada para penerima bantuan pada Januari depan, sebelum perayaan Tahun Baru Cina.

Orang ramai boleh membantu mengumpulkan dana dengan berlari, berjalan kaki atau mengayuh basikal sejauh 10,000 kilometer secara keseluruhannya.  

Sumber : CNA/AI/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan