Tharman tingkatkan daya saing SG; hasilkan gaji, pekerjaan lebih baik: SNEF
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Persekutuan Majikan Kebangsaan Singapura (SNEF) merakamkan sanjungan kepada Menteri Kanan Tharman Shanmugaratnam hari ini, di atas usaha beliau mempertingkat daya saing negara.
Ini menghasilkan pekerjaan serta gaji lebih baik untuk semua.
Dalam surat menjunjung budi itu, Presiden SNEF Robert Yap menyentuh beberapa pencapaian penting Encik Tharman.
Beliau menarik perhatian bagaimana selaku Menteri Kewangan, Encik Tharman memperkenalkan Skim Kredit Pekerjaan semasa Krisis Kewangan Global 2008.
Ini membantu syarikat-syarikat untuk mengekalkan kapasiti dan meningkatkan keupayaan, sehingga dapat segera merebut peluang-peluang pertumbuhan yang timbul.
Hasilnya, ekonomi pulih dengan kukuh pada 2010, sehingga mencatat pertumbuhan dua angka bagi GDP.
Encik Yap menambah, semasa menjadi Menteri Tenaga Manusia, Encik Tharman enggan menggubal dasar gaji minimum.
Sebaliknya beliau mencari huraian yang mengukuhkan kaitan antara gaji dan daya penghasilan.
Ini berjaya menjana pertumbuhan yang inklusif dan mampan.
Presiden SNEF berkata, Encik Tharman juga melihat peri pentingnya mengenal pasti serta mengembangkan peluang pekerjaan dan latihan kemahiran bagi rakyat ketika pandemik COVID-19 melanda.
Beliau ketika itu mempengerusikan Majlis Pekerjaan Nasional pada 2020.
Hasilnya, peluang pekerjaan dan latihan yang diwujudkan, melebihi sasaran awal sebanyak 100,000.

Sumber : CNA/IQ/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.