Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Tharman sosok yang mampu perkukuh masyarakat, kedudukan SG di persada dunia, kata pengamat politik

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 03 Sep 2023 08:36PM Dikemas Kini : 03 Sep 2023 09:45PM
SINGAPURA: Pengamat politik Profesor Madya di Sekolah Undang-undang Universiti Pengurusan Singapura (SMU) Eugene Tan berkata bakal Presiden kesembilan Singapura, Tharman Shanmugaratnam, mampu mengukuhkan hubungan antara pemerintah dengan rakyat.

Menurutnya, Encik Tharman berada dalam kedudukan lebih mantap untuk terus mewakili Singapura di pentas antarabangsa.

'Saling Menghormati'.

Itulah tunjang kempen Encik Tharman semasa bertanding dalam Pilihan Raya Presiden.

Jumlah 70 peratusan undi yang beliau raih dalam persaingan tiga penjuru seolah memberi isyarat bahawa mesej tersebut diterima rakyat Singapura.

Oleh itu, pemerintah mungkin terdorong untuk mempertimbangkan cara-cara baharu untuk mendekati rakyat dan masyarakat awam.

Prof Madya Tan berkata: "Dengan orang ramai kini lebih melibatkan diri, memandangkan kita dalam proses melakar hala tuju kompak sosial yang diperbaharui, maka ini benar-benar satu masa yang sesuai untuk menyemak kembali bagaimana sesuatu perkara dilakukan dan melihat bagaimana ia boleh diperbaiki. Masih terdapat ruang di mana rakyat Singapura boleh ketepikan perbezaan berdasarkan kecenderungan politik masing-masing dan memberi tumpuan kepada apa yang menyatukan kita semua, persamaan sebagai rakyat Singapura."

Beliau menambah bahawa peranan baharu Encik Tharman sebagai Presiden bahkan memberi beliau lebih banyak pengaruh di pentas global.

Ini dapat bantu beliau meningkatkan kepentingan Singapura di peringkat antarabangsa.

Encik Tharman memainkan peranan di banyak pertubuhan antarabangsa yang berkait rapat dengan isu-isu penting kepada Singapura, seperti perubahan iklim dan pembangunan manusia.

Misalnya, beliau kini mempengerusikan Kumpulan G30 dan Forum Pendidikan Global.

"Menjadi sebahagian daripada majlis-majlis ini memberikan Singapura bayangan tentang apakah antara isu yang boleh dijangka, apakah antara keprihatinan pelbagai pihak yang berkepentingan, dan dengan memahaminya, bagaimana Singapura boleh berada dalam kedudukan lebih baik untuk menambil tindakan, serta menambah nilai kepada apa yang menjadi keprihatinan majlis-majlis ini, " tambah Prof Madya Tan.
 
Sumber : CNA/FZ/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan