Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Tharman Shanmugaratnam sertai majlis berbuka di Masjid Assyakirin

Menteri Kanan Tharman Shanmugaratnam menyertai sekitar 200 orang dalam satu majlis berbuka di Masjid Assyakirin.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 02 Jun 2019 08:23PM Dikemas Kini : 02 Jun 2019 09:06PM

SINGAPURA: Menteri Kanan Tharman Shanmugaratnam menyertai sekitar 200 orang dalam satu majlis berbuka di Masjid Assyakirin.

Mereka yang hadir bukan saja terdiri daripada pelbagai kaum dan agama tetapi juga para keluarga penerima Zakat dan Projek Masyarakat Riben Kuning masjid itu.

Majlis itu yang diadakan semalam (1 Jun), juga menyaksikan Masjid Assyakirin melancarkan sebuah bilik makanan masyarakat yang bertujuan untuk membantu mereka yang memerlukan.

Diberi nama “Community Pantry@Assyakirin” atau Bilik Makanan Masyarakat@Assyakirin, kemudahan tersebut adalah yang pertama seumpamanya disediakan oleh sesebuah masjid di sini.

Orang ramai yang memerlukan boleh saja ke sini untuk mendapatkan bantuan barangan dapur itu secara percuma.

Selain daripada itu, tetamu kehormat Encik Tharman juga diberikan taklimat tentang usaha-usaha yang dijalankan rangka kerja M³.

Encik Tharman juga memberi hamper makanan kepada para penerima zakat dan tanda mata kepada rakan-rakan Masjid Assyakirin.

Tazkirah yang berjudul "Menyebarkan Rahmah: Ramadan Bersama Jiran" juga disampaikan kepada mereka yang hadir.

Sumber : CNA/RU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan