Tharman Shanmugaratnam menang lebih 76% undian luar negara
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Lebih 76 peratus rakyat Singapura yang menetap di luar negara mengundi Tharman Shanmugaratnam dalam Pilihan Raya Presiden.
Proses mengira undi itu dilakukan di Jabatan Pilihan Raya (ELD) pada Selasa (12 Sep).
Encik Tharman memperolehi 2,834 daripada 3,721 undi sah yang diterima daripada luar negara - atau lebih 76 peratus.
Ini berbanding 70.4 peratus undi yang diperolehi beliau pada Hari Mengundi 1 September.
Mantan Ketua Pegawai Pelaburan GIC Ng Kok Song pula meraih 16 peratus atau 595 undi, manakala mantan ketua NTUC Income Tan Kin Lian, mendapat 7.85 peratus atau 292 undi.
Terdapat 78 undi rosak yang diterima daripada luar negara.
Menurut ELD, terdapat seramai 6,649 pengundi luar negara yang berdaftar untuk Pilihan Raya Presiden.
Seramai 3,432 daripada mereka melakukannya menerusi pos.
Ini merupakan kali pertama undian menerusi pos dilaksanakan dalam pilihan raya.
Lagi 2,454 warga Singapura pula mengundi di 10 pusat mengundi di luar negara, iaitu di Beijing, Canberra, Dubai, Hong Kong, London, New York, San Francisco, Shanghai, Tokyo dan Washington.
Secara keseluruhannya, lebih 93 peratus daripada lebih 2.7 juta pengundi berdaftar keluar mengundi dalam Pilihan Raya Presiden 2023.

Sumber : CNA/AI/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.