Tharman Shanmugaratnam harap ada pertandingan pilihan raya presiden, 'penting' bagi dirinya
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Adanya pertandingan bagi pilihan raya presiden akan datang adalah "penting buat saya", kata Menteri Kanan Tharman Shanmugaratnam pada Ahad (11 Jun), sedang beliau menjelaskan keputusannya untuk bertanding bagi pilihan raya presiden Singapura.
Para pemerhati politik memberitahu Mediacorp pada Khamis (8 Jun) selepas Encik Tharman mengumumkan hasratnya untuk bertanding bahawa calon kukuh seperti beliau mungkin ada "kekurangannya", seperti pilihan raya yang dimenangi tanpa sebarang pertandingan.
Mereka juga menarik perhatian bahawa memiliki seorang lagi presiden yang dipilih tanpa bertanding akan membangkitkan persoalan mengenai perlunya pilihan raya presiden sedemikian.
Puan Halimah Yacob menjadi Presiden Singapura pada 2017 selepas bakal calon lain gagal menepati syarat kelayakan.
Sambil memberi respons kepada sudut pandangan seumpama itu, Encik Tharman memberitahu wartawan pada Ahad bahawa beliau "lebih memilih untuk menang atau kalah dengan adanya pertandingan".
"Pendekatan saya secara keseluruhannya adalah untuk tidak mengelak daripada bertanding. Saya sudah lama mengambil pendekatan ini. Inilah cara saya membuktikan diri saya," tekan beliau.
Meskipun tiada sebarang bakal calon yang memberi isyarat akan bertanding bagi pilihan raya presiden itu, para pemerhati mencadangkan bahawa pengasas Harvey Norman Ossia, George Goh, boleh menjadi pesaing.

'JURONG AKAN BAIK-BAIK SAHAJA'
Encik Tharman pada Ahad juga menjelaskan analogi sukan yang dibuatnya pada Khamis apabila ditanya tentang hasratnya untuk bertanding bagi jawatan presiden, selepas mengecualikan diri daripada menjadi calon Perdana Menteri.
Banyak naluri yang "dibentuk sebagai seorang ahli sukan", katanya ketika itu. Beliau menambah dalam hampir semua perlawanan yang disertai, beliau tidak pernah gemar memainkan posisi penyerang tengah tetapi lebih memilih posisi pertahanan.
"Saya bukan berada dalam pasukan yang sama seperti pemerintah sebaik sahaja saya menjadi presiden, pastikan itu jelas," tegas Encik Tharman pada Ahad.
Encik Tharman bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung isu berkaitan kempen pilihan raya presiden, memandangkan beliau memberi tumpuan kepada komitmen pemerintah.
Beliau juga berkata beliau akan menjawab soalan mengenai pilihan raya tersebut, yang mesti diadakan sebelum 13 September, pada masa yang sesuai.

Pada Ahad, Encik Tharman menghadiri acara perasmian ActiveSG Sport Village @ Jurong Town, yang terletak di GRC Jurong di mana beliau menyelia divisyen Taman Jurong sebagai Anggota Parlimen (AP).
Beliau diiringi tiga lagi Anggota Parlimen (AP) GRC Jurong - Setiausaha Parlimen Kanan Kesihatan merangkap Undang-Undang, Rahayu Mahzam, Encik Shawn Huang dan Encik Xie Yao Quan. Dr Tan Wu Meng pula berada di luar negara.
Encik Tharman meninjau-ninjau kemudahan tersebut dengan memerhati perlawanan hoki dan bola sepak yang sedang berlangsung, dan berinteraksi dengan pemain muda dan keluarga mereka.
Semasa ditanya tentang respons daripada penduduk tentang hasrat beliau untuk bersara dari dunia politik dan bertanding sebagai presiden, beliau berkata: "Ia gabungan perasaan sedih dan ucapan selamat maju jaya."
Namun Encik Tharman menekankan sekali lagi bahawa "Jurong akan baik-baik sahaja" dan para penduduknya akan "dijaga dengan sangat baik".
Beliau juga memuji rakan-rakan AP GRC Jurong atas kerja-kerja "cemerlang" mereka dan "ciri-ciri hubungan mereka dengan orang awam".
Selepas Encik Tharman mengumumkan hasratnya untuk bertanding bagi pilihan raya presiden dan bersara dari politik, para pemerhati menarik perhatian bahawa GRC Jurong mungkin kekurangan menteri yang "benar-benar kukuh".
Sekarang ini, tiada keperluan di bawah undang-undang bagi pilihan raya kecil diadakan sekiranya seseorang AP bagi sesebuah GRC melepaskan jawatan. Pada 2017, Puan Halimah bersara dari peranannya sebagai AP GRC Marsiling-Yew Tee dan Speaker Parlimen demi bertanding bagi Pilihan Raya Presiden yang dikhususkan bagi calon Melayu.
Encik Zaqy Mohamad memikul peranan sebagai penasihat kepada daerah yang dahulunya dikendalikan Puan Halimah, sementara berkhidmat sebagai AP bagi GRC Chua Chu Kang.
Encik Tharman, yang juga Menteri Penyelaras bagi Dasar Sosial, pada Khamis memaklumkan kepada Perdana Menteri Lee Hsien Loong mengenai hasratnya untuk bersara dari politik dan semua jawatan pemerintah. Beliau juga berhasrat meletak jawatan dari Parti Tindakan Rakyat (PAP).
Beliau merancang untuk melepaskan jawatan pada 7 Julai ini.
Keputusan Encik Tharman untuk bertanding bagi pilihan raya presiden diumumkan kurang seminggu selepas Puan Halimah berkata beliau tidak akan bertanding sekali lagi bagi jawatan presiden. Penggalnya berakhir pada 13 September.

Sumber : CNA/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.