Tharman Shanmugaratnam gesa rakyat S'pura menabung dari usia muda
Timbalan Perdana Menteri, Tharman Shanmugaratnam, menggesa rakyat Singapura supaya mula menabung sedari usia muda.
SINGAPURA: Timbalan Perdana Menteri, Tharman Shanmugaratnam, menggesa rakyat Singapura supaya mula menabung sedari usia muda.
Seperti kesihatan fizikal dan mental, katanya, kesihatan kewangan juga satu tabiat yang jika ditangguhkan sehingga ke hari tua akan "memerlukan lebih banyak pengorbanan".
Encik Tharman berucap demikian di Hari Pengurusan Kewangan bagi masyarakat India pagi tadi.
Di acara itu, beliau turut menggalakkan sekitar 1,000 peserta supaya melakukan "pemeriksaan kewangan secara tetap" menerusi laman web MoneySense kendalian pemerintah.
Beliau berkata ia hanya mengambil masa lima minit untuk memeriksa sama ada keadaan kewangan seseorang itu baik.
Encik Tharman menambah bahawa perancangan kewangan adalah satu isu yang membawa kesan kepada setiap masyarakat dan maka itulah, setiap orang perlu memberi perhatian kepada keperluan masa hadapan mereka.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.