Tharman Shanmugaratnam akan bertanding dalam Pilihan Raya Presiden
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Menteri Kanan Tharman Shanmugaratnam merancang untuk ikut bertanding dalam Pilihan Raya Presiden yang harus diadakan selewat-lewatnya 13 September ini.
Beliau sudahpun memaklumkan Perdana Menteri Lee Hsien Loong pada Khamis (8 Jun) tentang keputusannya untuk bersara dari politik dan semua jawatannya dalam pemerintah. Encik Tharman juga ingin mengundurkan diri daripada Parti Tindakan Rakyat (PAP).
Encik Tharman, 66 tahun, menyandang jawatan Menteri Kanan sejak Mei 2018, selepas memegang beberapa portfolio berbeza seperti selaku Timbalan Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan Menteri Pendidikan.
Beliau juga Menteri Penyelaras bagi Dasar Sosial yang turut memberi nasihat mengenai dasar-dasar ekonomi kepada Perdana Menteri.
Encik Tharman pertama kali dilantik sebagai Anggota Parlimen pada 2001, di GRC Jurong.
Sebagai seorang lulusan ekonomi, beliau menghabiskan sebahagian besar kerjaya profesionalnya di Penguasa Kewangan Singapura (MAS). Beliau dilantik sebagai pengerusi MAS pada 2011.
Di peringkat global, Encik Tharman mempengerusikan kumpulan G20 yang semak tadbir urus kewangan global.
Anggota Parlimen itu juga adalah pengerusi Asia pertama dalam Jawatankuasa Kewangan Antarabangsa.
Singapura akan mengadakan Pilihan Raya Presiden pertamanya sejak 2011, selepas Presiden Halimah Yacob mengumumkan pada 29 Mei tentang keputusannya untuk tidak bertanding bagi penggal kedua.
Presiden Halimah, 68 tahun, merupakan presiden yang kelapan, dan juga presiden wanita pertama, negara ini.
Beliau menang tanpa bertanding dalam Pilihan Raya Presiden 2017 yang dikhususkan buat calon Melayu.

Sumber : CNA/AQ/aq
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.