Tharman: Keperibadian faktor kemenangan
Anggaran Waktu Membaca:
BERITAmediacorp: Rakyat Singapura menyaksikan seorang ketua negara baru dipilih. Encik Tharman Shanmugaratnam akan mengangkat sumpah jawatan pada 14 Sep. Kemenangan Encik Tharman jelas menunjukkan beliau seorang tokoh amat popular - dahulu di dalam arena politik dan kini di atas politik berasaskan parti.
Undi yang diraih Encik Tharman setinggi 70.4% tidak dapat ditandingi. Ini berbanding dua Presiden Dipilih sebelum ini, Encik Ong Teng Cheong dan Dr Tony Tan, sejak Pilihan Raya Presiden diperkenalkan pada 1993 berikutan satu pindaan perlembagaan.
Mandat kukuh yang diterima Encik Tharman mengesahkan bahawa reputasi cemerlang beliau tidak hanya terhad kepada kawasan undinya di GRC Jurong. Encik Tharman secara konsisten meraih anggaran 70% undi sejak beliau memulakan kerjaya politik dengan Parti Tindakan Rakyat (PAP) pada 2001.
“Sebelum ini kita sudah jangkakan bahawa Encik Tharman boleh menang dengan selesa. Cuma kita menganggarkan sama ada beliau boleh menang dengan jurang yang besar,” kata Dr Norshahril Saat, Zamil Kanan ISEAS-Institut Yusof Ishak.
Keyakinan pengundi terhadap beliau antara lain disebabkan kerja-kerja yang dilakukan oleh Encik Tharman sebagai anggota parlimen mahupun Menteri Kabinet menjangkau lebih dua dekad secara keseluruhan.
“Apa yang dilakukan di dalam 22 tahun itu, beliau menyandang Kementerian Pendidikan, Kementerian Kewangan. Ini bukan calang-calang orang di dalam Parti Tindakan Rakyat (PAP). Jadi semua orang dapat lihat apa yang beliau pernah lakukan,” jelas Dr Walid Jumblatt Abdullah, Penolong Profesor Universiti Teknologi Nanyang (NTU).
TOKOH BERWIBAWA DAN BUDIMAN
Satu lagi perkara yang menyerlah sepanjang penglibatan Encik Tharman dalam politik adalah kewibawaannya.
Perdebatan sengit dan serangan peribadi boleh berlaku dalam politik kepartian. Namun Encik Tharman dikenali sebagai individu yang tidak pernah merendah-rendahkan pihak yang berbeza pendapat dengannya termasuk pembangkang.
Sikap budiman beliau sepanjang bergelar ahli politik membentuk tanggapan umum tentang keperibadiannya yang menurut pengamat, menyumbang kepada kemenangannya.
“Walaupun beliau telah berada di dalam parti politik selama 22 tahun, beliau sendiri tidak
pernah menyerang parti pembangkang dan sebagainya. Saya rasa itu adalah amat penting dalam memupuk imej ini di dalam minda rakyat Singapura,” kata Dr Walid yang menyifatkan Encik Tharman sebagai seorang ‘gentleman’ (budiman)”.
Dr Norshahril pula menyifatkan Encik Tharman sebagai “luar biasa” dan “berbeza”.
“Kalau kita kaji dari segi pemikiran Encik Tharman pun bila beliau berwacana dan sebagainya, beliau seorang yang banyak sekali membaca dan sangat banyak sekali berwacana dan dilihat sebagai seorang intelek dengan PAP. Beliau berbeza kalau kita lihat dari segi kepimpinannya.”
BERFIKIRAN BEBAS
Meskipun bukan lagi anggota PAP, kaitan Encik Tharman dengan parti itu menjangkau tempoh yang lama dan persaraannya daripada politik berlaku sangat rapat dengan Pilihan Raya Presiden yang baru lepas.
Ini menarik perhatian kepada sama ada kemenangan besarnya boleh ditafsir sebagai sokongan pengundi terhadap PAP.
Berlatarkan beberapa skandal yang berlaku melibatkan para anggota PAP baru-baru ini, Dr Walid berpendapat undi tinggi yang diterima Encik Tharman boleh dianggap satu pungutan suara bahawa imej PAP tidak terjejas teruk.
“Jadi ia referendum bagi PAP dari aspek itu. Ia menunjukkan jenama mereka. Imej mereka tidaklah terlalu teruk walaupun telah berlaku dengan Speaker Parlimen dengan Menteri Iswaran. Saya rasa orang masih lagi mempunyai tahap kepercayaan terhadap PAP.”
Namun disebabkan undi tinggi yang konsisten dalam kerjaya politik Encik Tharman, beliau juga dianggap lebih popular daripada partinya sendiri.
Dalam Pilihan Raya Umum pada 2020 beliau meraih undi 75% sedangkan PAP mencatat undi paling teruk secara keseluruhan sebanyak 61%.
Dengan kedudukan Encik Tharman kini di atas politik berasaskan parti, teras kempennya bahawa beliau seorang yang berfikiran bebas mungkin akan diberi lebih perhatian.
BUDAYA POLITIK MEMBINA, SALING HORMAT
Landskap politik negara sedang melalui perubahan dengan peralihan kepimpanan baru yang dijangka diterajui Timbalan Perdana Menteri Lawrence Wong.
Hubungan berasaskan kepercayaan di antara Presiden dengan pemerintah akan diperlukan dengan lebih banyak krisis yang mungkin melanda dunia.
Pemilihan Encik Tharman sebagai Presiden boleh membawa kepada hubungan membina dengan pemerintah. Ia berdasarkan nilai-nilai saling menghormati yang dijadikan slogan dalam kempen beliau.
Atas dasar slogan itu juga, Encik Tharman menyatakan niat beliau untuk menyokong usaha-usaha yang dapat menyemat budaya ini dalam setiap lapisan di Singapura.
Ini dilakukan dengan memperdalam sikap hormat terhadap mereka yang mempunyai pandangan, latar belakang, pencapaian pendidikan dan keupayaan berbeza.
PRESIDEN DIPILIH DARI KAUM MINORITI
Satu petanda peralihan era di Singapura – rakyat sudah bersedia untuk menerima pemimpin negara daripada kaum minoriti.
“Beliau mengatakan Singapura ini sudah bersedia untuk Perdana Menteri berbangsa India atau Melayu atau bukan Cina. Ini semua perkara-perkara yang kita tidak pernah dengar daripada PAP sendiri. Jadi saya rasa ini perkara yang sihat,” kata Dr Walid.
Dalam landskap yang sudah berubah, apa yang lebih diutamakan pengundi adalah keupayaan dan perwatakan.
“Saya fikirkan calon-calon yang berkelayakan dalam masyarakat Melayu. Saya fikir mereka harus ke hadapan dan tidak tunggu saat di mana Pilihan Raya Presiden itu dirizabkan kepada orang Melayu sahaja. Mungkin hanya Encik Tharman baru menang. Enam tahun akan datang jika ada Pilihan Raya Presiden lagi, saya fikir ia terbuka untuk setiap calon Melayu, Cina, India dan sebagainya,” tambah Dr Norshahril.
TIDAK ASING DI ARENA GLOBAL
Di peringkat antarabangsa, rekod pencapaian Encik Tharman khususnya dalam bidang kewangan tidak dapat disangkal. Beliau dilantik ke pelbagai majlis antarabangsa yang tertumpu kepada pembaharuan ekonomi dan kewangan.
Kedudukan itu dilihat sebagai suatu kekuatan dalam mengutarakan kepentingan Singapura di tengah-tengah persaingan dan ketidaktentuan sejagat.
“Dari aspek peranan beliau di peringkat antarabangsa, beliau dikenali sebagai seorang yang boleh menguruskan kewangan negara dengan baik dan ini diiktiraf seluruh dunia dan saya fikir rakyat Singapura apabila keluar mengundi mereka mengundi calon yang dianggap sebagai terbaik yang boleh menjalankan tugas tugas berdasarkan perlembagaan negara,” kata Dr Norshahril.
HARUNGI ERA KRISIS
Peranan Presiden sebagai pemegang kunci kedua rizab akan diuji lagi sedang Singapura berdepan dengan dunia yang bergolak.
Krisis kewangan dan pandemik yang pernah diharungi negara ini merupakan pengajaran penting.
Kini, Singapura mula berdepan pula dengan krisis iklim yang akan memerlukan perbelanjaan besar demi memperkukuh infrastruktur negara.
Dengan dunia dijangka melangkah ke era sarat dengan pelbagai krisis, pemahaman tentang isu-isu berkaitan dasar ekonomi yang dikuasai Encik Tharman akan memainkan peranan dalam beliau menjalankan tugas menyemak Pemerintah dalam penggunaan rizab demi mengekalkan kepercayaan rakyat.

Sumber : BERITA Mediacorp/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.