Terperangkap dalam banjir kilat? Ini tip keselamatan buat pemandu
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Dengan kelajuan angin monsun diramalkan meningkat, sekali gus menyebabkan cuaca hujan dan angin kencang di Singapura selama empat hari mulai Jumaat (10 Jan), agensi air negara PUB telahpun memberi amaran bahawa banjir kilat boleh berlaku.
Dua kejadian banjir berlaku dalam dua bulan terakhir 2024 di tengah-tengah hujan lebat, dengan banyak kereta dilihat terpaksa dipandu dalam banjir kilat.
Namun, apa yang perlu anda lakukan sekiranya kenderaan anda terperangkap dalam banjir kilat? Apakah pula prosedur keselamatan untuk bas awam dan para penumpangnya?
Mediacorp melihat beberapa langkah keselamatan serta garis panduan daripada pengendali pengangkutan.
BOLEHKAH SAYA MEMANDU DALAM AIR BANJIR?
Jika boleh, elakkan memandu melalui air banjir. Jangan cuba memandu melalui air yang lebih dalam daripada 15cm (6 inci), atau melebihi ketinggian tepi jalan.
Terdapat beberapa risiko melalui air banjir, seperti enjin yang mungkin berhenti berfungsi secara mendadak.
"Jika air masuk ke dalam enjin melalui saluran masuk atau penapis udara, ia boleh menyebabkan enjin terhenti, yang boleh mengakibatkan kerosakan besar," kata Encik Wong Che Wey, pengurus latihan teknikal serantau Motul Asia Pasifik, yang mengeluarkan produk untuk enjin.
Air banjir juga boleh menjejaskan elektronik kenderaan, katanya, sambil menambah bahawa unit kawalan yang dipasang pada panel lantai kenderaan adalah yang paling terdedah apabila air memasuki kabin.
Encik Jake Ler, ketua pegawai pemasaran di platform permotoran Motorist, menegaskan bahawa perjalanan melalui air banjir meletakkan pemandu dalam risiko bagi 'aquaplaning'.
Keadaan ini berlaku apabila tayar hilang cengkaman pada permukaan basah, menyebabkannya kehilangan kawalan, jelasnya.
"Selain itu, bahaya tersembunyi seperti jalan berlubang, serpihan atau permukaan jalan tidak rata yang ditenggelami air boleh menyebabkan kerosakan atau kemalangan yang tidak dijangka," kata Encik Ler.
BAGAIMANA JIKA TIADA LALUAN LAIN?
Jika laluan alternatif tidak dapat ditemui dan jalan kelihatan seperti masih boleh dilalui, pemandu perlu menilai keadaan dengan teliti.
Pemandu harus mempertimbangkan kedalaman air dan jenis kenderaan mereka, kata Encik Ler, sambil menarik perhatian bahawa sesetengah kenderaan seperti SUV mungkin lebih sesuai untuk melalui perairan berbanding kereta sedan yang lebih rendah.
Jika keadaan mengizinkan, pemandu perlu menggunakan gear rendah, memandu perlahan dan yakin, serta mengelak brek secara mendadak di tengah banjir, kata Encik Wong.
“Langkah ini membantu mengurangkan pendedahan enjin kepada air dan mengurangkan risiko kehilangan kawalan kenderaan,” jelasnya.
Nasihat PUB adalah untuk terus berada berhampiran dengan lorong tengah kerana air cenderung terkumpul di lorong tepi - dan melalui satu kenderaan pada satu-satu masa.
APA YANG PERLU SAYA LAKUKAN JIKA KENDERAAN SAYA TERSANGKUT?
Jika enjin terhenti, pemandu tidak seharusnya menghidupkannya semula kerana ini boleh menyebabkan lebih banyak air memasuki enjin dan menyebabkan kerosakan yang lebih besar, kata Encik Wong.
Pemandu yang terjejas harus menghidupkan lampu kecemasan (hazard light) mereka untuk memberi amaran kepada pemandu lain dan menghubungi perkhidmatan kecemasan atau perkhidmatan tunda untuk membawa kenderaan mereka ke bengkel untuk pemeriksaan dan pembaikan, tambahnya.
Pemandu yang terperangkap harus segera keluar dari kenderaan mereka dan bergerak ke tempat yang lebih tinggi jika paras air terus meningkat, kata Encik Ler.
ADAKAH KENDERAAN ELEKTRIK LEBIH BERISIKO MENGALAMI KEROSAKAN DALAM BANJIR?
"Kenderaan elektrik moden direka bentuk dengan ciri keselamatan canggih, seperti pek bateri tertutup dan sistem voltan tinggi yang dilindungi lapisan penebat (insulated), yang berkesan menghalang air daripada memasuki dan merosakkan komponen kritikal," kata Encik Ler.
"Kebanyakan EV juga mempunyai mekanisme yang memutuskan sambungan sistem voltan tinggi secara automatik sekiranya berlaku perlanggaran atau litar pintas, memastikan keselamatan pemandu."
Encik Wong bersetuju bahawa kenderaan elektrik secara amnya direka bentuk dengan ciri keselamatan untuk tahan air.
Bagaimanapun, pendedahan berpanjangan kepada air masih boleh menimbulkan risiko mengikut pengeluar dan model kenderaan itu, tambahnya.
BAGAIMANA BAS AWAM DAN PENUMPANG BOLEH TANGANI AIR BANJIR?
Tiga pengendali bas memberitahu Mediacorp bahawa ia mempunyai prosedur untuk pemandu bas yang menghadapi jalan raya yang bertakung air.
SBS Transit, Go-Ahead Singapore dan Tower Transit menyatakan pemandunya akan menghubungi pusat kawalan operasi mereka untuk mendapatkan nasihat.
Jika jalan tidak boleh dilalui, pemandu SBS Transit, misalnya, akan memberhentikan kenderaan dan menghubungi pusat kawalan operasi yang akan membimbing pemandu ke laluan alternatif.
Jika perhentian bas dinaiki air, pemandu bas akan menasihati penumpang supaya tidak turun untuk keselamatan mereka, kata jurucakap SBS Transit Grace Wu.
Maklumat tentang lencongan laluan atau perhentian bas yang dilangkau akan tersedia melalui akaun X SBS Transit, aplikasi dan pada skrin digital di persimpangan bas.
Prosedur ini juga serupa untuk Go-Ahead Singapore, yang menyatakan: "Pusat akan menilai keadaan dan membimbing kapten bas sama ada jalan itu boleh dilalui, bergantung pada paras air di kawasan itu.
"Dalam keadaan banjir teruk, kapten bas dinasihatkan untuk memberhentikan bas di lokasi yang selamat, jika banjir kecil, mereka mungkin meneruskannya perlahan-lahan dengan lebih berhati-hati."
Bagi Tower Transit, pusat kawalan operasi basnya akan mengarahkan pemandu berhenti di perhentian bas terdekat dan menunggu paras air surut jika ia menaiki ke paras lantai bas.
BAGAIMANA PULA DENGAN PEJALAN KAKI?
Pejalan kaki yang berhadapan dengan kawasan banjir harus berpatah balik dan segera mencari kawasan yang lebih tinggi kerana paras air mungkin naik secara tiba-tiba, menurut PUB dalam nasihatnya mengenai keselamatan banjir.
Jika mereka tidak boleh melaluinya, mereka harus mengelak air yang bergerak dan menggunakan kayu atau payung untuk memeriksa longkang terbuka dan menguji kestabilan tanah.
Air yang bergerak dan melebihi ketinggian buku lali boleh menyebabkan seseorang itu jatuh, menurut PUB.
Agensi air negara menasihatkan pejalan kaki dan pemandu untuk memeriksa destinasi mereka untuk risiko banjir dan merancang laluan mereka dengan sewajarnya.
Orang ramai boleh menerima amaran hujan lebat dan amaran berkaitan banjir dengan melanggan saluran Telegram PUB Flood Alerts atau memuat turun aplikasi myENV.

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.