Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Terminal penumpang Lapangan Terbang Seletar dibuka hari ini, kemudahan dipertingkat

Terminal penumpang baru di Lapangan Terbang Seletar sudah mula beroperasi, dedah Menteri Pengangkutan Khaw Boon Wan hari ini (19 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
Terminal penumpang Lapangan Terbang Seletar dibuka hari ini, kemudahan dipertingkat

Terminal penumpang baru di Lapangan Terbang Seletar. (Gambar: Khaw Boon Wan/Facebook)

Diterbitkan : 19 Nov 2018 09:00PM Dikemas Kini : 19 Nov 2018 09:03PM

SINGAPURA: Terminal penumpang baru di Lapangan Terbang Seletar sudah mula beroperasi, dedah Menteri Pengangkutan Khaw Boon Wan hari ini (19 Nov).

Bangunan dua tingkat seluas 10,000 meter persegi itu membuka pintu kepada penumpang kelas perniagaan pertamanya dengan penerbangan 'turbopop' dijadualkan mulai Disember ini.

Para penumpang bakal menikmati kemudahan yang dipertingkat dan transit dari udara ke darat yang lebih mudah, demikian menurut Encik Khaw dalam satu catatan Facebook.

Beliau menambah bahawa 34 percubaan melibatkan lebih 2,000 sukarelawan sudahpun dijalankan untuk menguji kemudahan dan proses daftar masuk, pengendalian bagasi serta pemeriksaan imigresen dan keselamatan.

Kaunter daftar masuk juga ditambah dari satu kepada empat dengan enam laluan imigresen, dua tempat pemeriksaan keselamatan serta sebuah tempat menunggu yang boleh menampung 200 penumpang.

Kemudahan lain termasuk sebuah laman bertaman dan sebuah dewan bagi mereka yang sedang menantikan pesawat.  

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan