Terminal Feri Tanah Merah jalani kerja naik taraf, bakal tampung lebih ramai penumpang
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Para penumpang kini akan melalui proses menunggu lebih pendek bagi proses pelepasan imigresen,apabila kerja-kerja naik taraf Terminal Feri Tanah Merah selesai tahun ini.
Antara ciri-ciri baharunya termasuklah laluan pelepasan imigresen automatik dan tempat bermain bagi kanak-kanak.
Kerja naik taraf bernilai S$20 juta itu dijangka meningkatkan kapasiti terminal tersebut dengan sebanyak 20 peratus, untuk menampung lebih ramai penumpang apabila lebih banyak perjalanan disediakan.
Pada hujung minggu atau musim sibuk, para penumpang yang ingin ke Desaru atau Bintan mungkin terpaksa beratur panjang sehingga setengah jam bagi pelepasan imigresen.
Inilah antara isu yang ingin dihuraikan di Terminal Feri Tanah Merah menerusi kerja-kerja naik taraf.
"Terminal Feri Tanah Merah dibina pada 1995, jadi ia sudah lama dan kali terakhir ia diubah suai besar-besaran adalah pada 2007," kata Jacqueline Tan, Ketua Pegawai Eksekutif (COE) Pusat Pelayaran SG.
"Sepanjang beberapa tahun ini, kami menyaksikan jumlah penumpang meningkat dengan ketara. Pada 2019 ialah apabila kami menghampiri kemuncak kapasiti kemudahan ini, iaitu sekitar 2.4 juta," tambahnya.
Apabila kerja-kerja selesai nanti, terminal feri tersebut mampu menampung lebih tiga juta penumpang dengan lebih baik lagi.
Kesesakan khususnya bagi pelepasan imigresen, akan reda dengan teknologi baharu.
Sekitar 20 kios layan diri akan dipasang di ruang kosong terminal di mana para penumpang akan mengambil masa beberapa saat sahaja untuk memasukkan bagasi dan melepasi imigresen.
Dewan keberangkatan juga akan diluaskan supaya boleh menampung sehingga 800 orang pada satu-satu masa.
Kawasan tersebut, yang akan menjadi 70 peratus lebih luas bakal memberi lebih banyak pilihan makanan bagi penumpang, selain tempat bermain kanak-kanak.
Menurut Pusat Pelayaran Singapura (SCC), terminal itu akan terus beroperasi dan kerja-kerja tidak akan banyak menjejas para penumpang.
Kebanyakan kerja akan dilakukan pada waktu malam, apabila terminal itu ditutup kepada penumpang. Ia juga memastikan bunyi bising, habuk dan gangguan lain berada di tahap minimum.
Kerja-kerja ubah suai tersebut akan termasuk ciri-ciri penjimatan tenaga seperti sistem penyejuk hibrid dan lampu LED.
Ia dijangka selesai hujung tahun ini.

Sumber : CNA/NY/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.