Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Terminal 4 Lapangan Terbangan Changi gantung operasi di tengah-tengah pandemik COVID-19

Terminal 4 Lapangan Terbang Changi akan menggantung operasinya mulai Sabtu (16 Mei), menurut Changi Airport Group (CAG) pada Selasa (12 Mei). 

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 12 May 2020 02:06PM Dikemas Kini : 12 May 2020 10:42PM

SINGAPURA: Terminal 4 Lapangan Terbang Changi akan menggantung operasinya mulai Sabtu (16 Mei), menurut Changi Airport Group (CAG) pada Selasa (12 Mei).

CAG menambah, langkah itu akan mengoptimumkan "sumber-sumber seiring dengan kemerosotan mendadak dalam pergerakan penerbangan akibat pandemik COVID-19 sejagat."

Buat masa ini terdapat sebilangan kecil penerbangan yang beroperasi dari Terminal 4 dan syarikat-syarikat penerbangan yang berpangkalan di sana kini akan berpindah ke Terminal 1 atau Terminal 3.

Pada April, Menteri Pengangkutan Khaw Boon Wan berkata operasi di Terminal 2 akan digantung selama 18 bulan.

Encik Khaw menambah penggantungan itu juga akan membolehkan kerja-kerja naik taraf di Terminal 2 dipercepakan. Ia dijangkakan siap menjelang 2024.

Kedai dan restoran di Terminal 4 juga akan ditutup sementara khidmat bas ulang alik yang menghubungkan Terminal 3 dengan Terminal 4 juga bakal digantung sehingga operasi disambung semula.

"Waktu (penyambungan semula khidmat terminal) akan bergantung kepada bila permintaan penerbangan akan meningkat semula dan keperluan syarikat penerbangan yang ingin melancarkan semula penerbangan di Lapangan Terbang Changi," jelas CAG.

Ia menambah: "Walaupun operasi terminal dikurangkan semasa tempoh ini, CAG akan terus bekerjasama rapat dengan syarikat penerbangan serta rakan-rakan lapangan terbang dan bersedia untuk menyambung semula operasi di Terminal 4 sebaik sahaja ada jumlah penerbangan mencukupi yang pulang ke terminal."

Beberapa tambangan jari di Terminal 1 dan Terminal 3 juga tidak akan digunakan bagi penerbangan sehingga permintaan meningkat semula.

KHIDMAT KERETA API 'SKYTRAIN' DIKURANGKAN

Khidmat kereta api 'skytrain' di Lapangan Terbang Changi juga dikurangkan kerana permintaan yang rendah. Bagaimanapun, para pengunjung dan kakitangan lapangan terbang boleh terus menggunakan jambatan penghubung MRT antara Terminal 2 dengan Terminal 3 serta jambatan penghubung yang menghala ke Jewel Lapangan Terbang Changi.

Perhentian-perhentian teksi di Terminal 1 dan Terminal 3 juga akan digabungkan, dengan hanya satu menyediakan khidmat kepada setiap terminal.

CAG menambah cawangan makanan dan minuman (F&B) di Lapangan Terbang Changi masih dibuka untuk makanan dibawa pulang dan khidmat penting seperti farmasi kekal dibuka bagi menyediakan khidmat kepada anggota kakitangan lapangan terbang serta orang awam yang berada di kawasan umum lapangan terbang.  


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini virus korona COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan