Terminal 2 Lapangan Terbang Changi sambung semula operasi pelepasan penerbangan pada 11 Okt
Anggaran Waktu Membaca:

Terminal 2 Lapangan Terbang Changi. (Gambar: Changi Airport Group)
SINGAPURA: Terminal 2 Lapangan Terbang Changi akan menyambung semula operasi bagi penerbangan yang berlepas dari terminal tersebut mulai 11 Oktober, bermula dengan penerbangan Singapore Airlines (SIA) ke Malaysia dan Thailand.
Penerbangan SIA ke destinasi Asia Tenggara yang lain - Brunei, Kemboja, Indonesia, Myanmar, Filipina dan Vietnam - akan berangkat dari bahagian selatan Terminal 2 bermula 13 Oktober.
Changi Airport Group (CAG) mengumumkan demikian pada Isnin (5 Sep) sebagai sebahagian daripada pembukaan semula terminalnya secara berperingkat.
Operasi ketibaan sudahpun disambung semula pada Mei lalu setelah ditutup dua tahun dek kerja-kerja naik taraf dan pandemik COVID-19.
"Penyambungan operasi keberangkatan di T2 akan meningkatkan kapasiti Changi dan membahagi-bahagikan operasi penumpang dengan lebih sama rata di semua terminal lapangan terbang sedang permintaan perjalanan terus berkembang menjelang kemuncak perjalanan hujung tahun," jelas CAG dalam kenyataan medianya.
Dua syarikat penerbangan lain – Air India (AI) dan Air India Express (IX) – akan berpindah ke Terminal 2 pada 18 Oktober, menurut CAG. Senarai syarikat penerbangan lain yang menggunakan terminal tersebut akan diumumkan kelak.
Bagi penerbangan SIA yang tiba di Lapangan Terbang Changi, ia akan terus dikerahkan untuk mendarat di gerbang-gerbang di Terminal 1, 2 atau 3.
Pengunjung yang akan bertemu dengan pelawat di lapangan terbang dinasihatkan supaya memeriksa terminal di mana penerbangan mereka dijadualkan mendarat dua jam sebelum pesawat dianggarkan tiba.
REKA BENTUK DIPERTINGKAT
“Terminal 2 sudahpun direka sedemikian rupa untuk meningkatkan pengalaman mendaftar masuk dan mencari arah tuju bagi para penumpang," menurut CAG.
Kios daftar masuk automatik akan disediakan bagi penumpang yang memilih untuk menguruskan pendaftaran sendiri, sebelum meninggalkan bagasi mereka di kaunter pendaftaran bagasi, lantas membolehkan mereka melepasi imigresen menerusi pintu pelepasan automatik.
Ruang umum dan kawasan persinggahan di bahagian selatan Terminal 2 juga akan disediakan dengan kedai-kedai makanan dan minuman (F&B) serta kedai runcit. Sesetengah kedai dan perkhidmatan juga akan kembali beroperasi di tempat asal kedai masing-masing sebelum kerja-kerja naik taraf dijalankan, menurut CAG.
Hotel persinggahan dan kawasan beristirahat berbayar di terminal berkenaan juga akan dibuka kepada para penumpang yang akan berangkat dan melakukan persinggahan. Para pelanggan Singapore Airlines (SIA) yang layak boleh meggunakan SilverKris Lounge di terminal itu.
“Apabila bahagian utara T2 siap sepenuhnya menjelang 2024, para penumpang boleh menjangkakan malah lebih banyak pilihan F&B dan kedai runcit yang menarik, serta daya tarikan baru yang akan meningkatkan pengalaman perjalanan mereka melalui Changi," menurut CAG.
Menurut CAG, pihaknya akan menjalankan lebih banyak ujian kesediaan operasi bersama syarikat penerbangan dan rakan kongsi lapangan terbang bagi memastikan semua sistem serta proses dilaksanakan dengan licin bagi pembukaan bahagian selatan Terminal 2.

Sumber : CNA/FZ/fz
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.