Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Terminal 2 Lapangan Terbang Changi jalani ubah elok besar-besaran tahun depan

Terminal 2 Lapangan Terbang Changi akan menjalani kerja-kerja ubah suai tahun depan sebagai sebahagian usaha untuk meningkatkan keupayaan menampung sehingga lima juta penumpang.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 21 Mar 2018 08:48PM Dikemas Kini : 22 Mar 2018 12:45AM

SINGAPURA: Terminal 2 Lapangan Terbang Changi akan menjalani kerja-kerja ubah suai tahun depan sebagai sebahagian usaha untuk meningkatkan keupayaan menampung sehingga lima juta penumpang.

Peningkatan tersebut akan menampilkan inovasi baru, serta menggantikan sistem lama seperti sistem pengendalian bagasi.

Automasi akan dilaksanakan untuk meningkatkan kecekapan. Misalnya, pilihan untuk Perjalanan Cepat dan Lancar akan dilancarkan pada skala lebih luas di sepanjang Dewan Pelepasan dan Ketibaan.

Ini termasuk mesin beg automatik seperti yang ada di Terminal 4.

Kerja-kerja naik taraf akan mengambil masa antara empat hingga lima tahun, dengan usaha untuk memastikan kesan minimum ke atas operasi dan penumpang.

Para penumpang boleh juga menikmati pengalaman runcit dan F&B yang dipertingkat.  

Sumber : CNA/NU/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan