Terminal 2 kembali dibuka sepenuhnya; kapasiti Lapangan Terbang Changi naik kepada 90 juta penumpang setahun
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Terminal 2 Lapangan Terbang Changi kembali dibuka sepenuhnya kepada para penumpang pada Rabu (1 Nov) setelah menjalani kerja-kerja peningkatan selama tiga tahun setengah.
Kerja-kerja peluasan awalnya dijangka selesai pada tahun depan.
Terminal 2 juga dibuka semula sedang bilangan penumpang di Lapangan Terbang Changi setakat September 2023, setara dengan 90 peratus jumlah penumpang yang dicatat sebelum pandemik COVID-19 melanda.
Angka penumpang dijangka pulih sepenuhnya pada tahun depan.
Terminal yang dipertingkat itu kini 21,000 meter persegi lebih luas, membolehkan Lapangan Terbang Changi untuk menguruskan lebih banyak trafik dengan lebih baik.
16 syarikat penerbangan akan beroperasi di Terminal 2, sekali gus menghubungkan Singapura ke 40 bandar lain menerusi terminal itu sahaja.
Projek peluasan terminal tersebut turut dianggarkan menambah sebanyak lima juta penumpang setiap tahun kepada kapasiti Lapangan Terbang Changi.
Ini membawa kapasiti pengurusan lapangan terbang itu kepada 90 juta penumpang setiap tahun, secara keseluruhan di keempat-empat terminalnya.
Projek peluasan dimulakan pada Januari 2020, dua bulan sebelum Singapura menutup sempadannya akibat pandemik COVID-19.
Berucap di majlis pembukaan Terminal 2 pada Rabu (1 Nov), Menteri Kanan merangkap Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara Teo Chee Hean akur bahawa sektor penerbangan sudah sekian lama menjadi tunggak utama ekonomi Singapura.
"Sebelum COVID, hab udara Changi dan industri-industri berkaitan menyumbang lebih 5 peratus kepada GDP Singapura dan menyediakan hampir 200,000 pekerjaan."
Beliau menambah bahawa Singapura harus bersedia "mengembangkan lagi" sektor tersebut sambil menarik perhatian kepada kerja-kerja binaan Terminal 5 yang sudah disambung semula.
"Apabila siap pada pertengahan 2030-an, T5 akan menambah kira-kira 50 juta penumpang kepada kapasiti tahunan Changi dan ini akan mengukuhkan lagi kedudukan Singapura sebagai sebuah hab udara yang ulung."

CIRI-CIRI BAHARU T2
Antara ciri baharu Terminal 2 adalah Zon Pelancongan Pantas dan Lancar di mana bilangan kios pendaftaran dan kaunter bagasi naik seganda berbanding sebelumnya.
Dewan imigresen juga diluaskan lagi untuk menampung lebih banyak laluan imigresen automatik.
Di samping itu, Terminal 2 kini terminal pertama Changi yang mempunyai Lorong Bantuan Khas automatik di dewan ketibaan dan keberangkatan, buat kanak-kanak mahupun mereka yang kurang upaya.
Satu sistem penyimpanan automatik bagi bagasi yang diserahkan awal, turut dipasang. Ia berupaya menguruskan sehingga 2,400 bagasi.
Elemen-elemen semula jadi turut diterapkan di terminal yang diberikan nafas baharu itu.

Elemen tersebut bahkan ditonjolkan menerusi kaedah digital. Satu paparan digital setinggi 14 meter misalnya, dibuka di tengah-tengah dewan keberangkatan, dan menampilkan pemandangan air terjun. Kemudahan ini dipanggil 'The Wonderfall'.
Sumber : CNA/AQ/aq
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.