Terminal 1 dan 3 dibuka semula; lebih 80% penyewa kembali berniaga
Terminal penumpang Lapangan Terbang Changi kembali beroperasi buat pertama kali setelah ditutup lebih tiga bulan.
Lebih ramai pengunjung dijangka ke Terminal 1 dan Terminal 3 Lapangan Terbang Changi menjelang cuti sekolah September ini. (Gambar: Try Sutrisno Foo)
SINGAPURA: Terminal penumpang Lapangan Terbang Changi kembali beroperasi buat pertama kali setelah ditutup lebih tiga bulan.
Terminal 1 dan 3 ditutup kepada umum selepas sebuah kelompok COVID-19 terbentuk di situ.
Menurut Changi Airport Group (CAG), jumlah pengunjung lebih baik daripada jangkaan dan lebih 80 peratus penyewanya sudah kembali berniaga.
Sebagai sebahagian daripada langkah pengurusan selamat, sebuah kawasan tempat makan telah diperuntukkan bagi kakitangan lapangan terbang supaya dapat mengurangkan interaksi dengan orang awam.
Tempat makan yang dikhaskan untuk kakitangan lapangan terbang. (Gambar: Try Sutrisno Foo)
Selain daripada itu, sistem hawa dingin dan pengaliran udara mekanikal juga sudahpun dipertingkat memandangkan ancaman daripada varian-varian COVID-19 yang lebih mudah berjangkit.
Sesetengah peniaga yang ditemui Mediacorp juga melaporkan hasil jualan yang lebih baik daripada biasa.
Untuk menarik lebih ramai pengunjung, tempat letak kereta percuma akan ditawarkan di Terminal 3 hingga 10 Oktober. Tempat-tempat mengambil gambar ala bercuti di destinasi-destinasi luar negara juga boleh didapati di kedua-dua terminal dengan sebahagian besarnya di Terminal 3 hingga 10 Oktober.
Tempat-tempat mengabil gambar di Lapangan Terbang Changi. (Gambar: Try Sutrisno Foo)
CAG menjangkakan lebih banyak kedai akan dibuka semula dalam beberapa hari akan datang, lebih-lebih lagi dengan cuti sekolah bulan September yang akan bermula Sabtu ini.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.